21 April 2012 (Jumaat) - Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana Mesyuarat Agong Daerah Kota Bharu Kali Kedua telah selamat dijalankan di Dewan Tertutup Sekolah Rendah Islam Aman pagi tadi. Mesyuarat telah dijalankan dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwwah lillah. Seramai 39 orang ahli dan beberapa orang pemerhati telah hadir dan memberkati majlis tersebut. Prof Dr Din Suhaimi telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap untuk mengendalikan Majlis. Jawatankuasa SPRI Pemilihan dikendalikan oleh Akh Shakri dan Akh Ismail Che Mat. Semoga Allah merahmati keputusan syura yang dijalankan bersama. Amin


Majlis dimulai dengan membaca ayat suci Al-quran- Surah Dhuha oleh Ustaz Mohd Samsuddin. Setelah itu Prof Dr Din Suhaimi telah mengajak para hadirin untuk menelaah segala pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Kemudian pengiraan korum dijalankan dan Pengerusi SPRI mengingatkan para ahli supaya membuat pemilihan dengan mengisi borang yang telah disediakan.
Ucapan aluan dari Ustaz Dr Mohd Sha'arani bin Mohd Naim, YDP IKRAM Kota Bharu, telah menyentuh berkenaan tanggungjawab pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepintaran seorang pemimpin dan ketaatan orang yang dipimpin adalah faktor utama kejayaan sesebuah Jamaah. Ahli IKRAM haruslah sentiasa terkedepan bagi manghadapi cabaran-cabaran ummat masa kini.



TYDP IKRAM Kelantan, Tuan Haji Che Rahimi bin Samat telah merasmikan mesyuarat serta memberi peringatan tentang kepentingan dakwah dan persediaan yang penting berkaitan dengannya seperti yang disebut di dalam Surah Al-Mudatsir. Di antara amanat yang disampaikan kepada para ahli adalah mereka harus bersemangat untuk menggerakkan dakwah, mementingkan kebersihan dan rupa diri, jangan menghitung jasa-jasa sendiri dan bersabar dalam melaksanakan tugas dakwah ini.
Sesi pembentangan dimulakan oleh Setiausaha IKRAM Daerah, Tuan Haji Mohd Azlan bin Ash’ari yang telah melaporkan aktiviti sepanjang sesi 2011-2012 mengikut KRA pencapaian yang telah ditetapkan oleh IKRAM. Setelah itu Penyata kewangan 2011 dilaporkan oleh bendahari, Tuan Haji Asbullah Abdul Rahman.


Antara perbincangan dan cadangan yang telah dikemukan oleh ahli-ahli yang hadir adalah adalah mengenai sumbangan idea kepada pihak media, peningkatan pelaporan aktivisma IKRAM IPT serta memperkemaskan pemantauan tarbiyyah peringkat daerah.
Setelah AJK Daerah sesi 2011-2012 meletak jawatan dengan rasminya, pemilihan baru bagi sesi 2012-14 telah dijalankan. Senarainya adalah seperti berikut;
Perlantikan AJK Daerah sesi 2012-2014
YDP: Dr Adam bin Sapran
Timb. YDP : Hj Zulkefle Ab Rahman
Setiausaha : Hj Mohd Azlan bin Ash’ari
Pen. Setiausaha : Ustaz Muharman bin Bachtiar
Bendahari: Hj Asbullah bin Abdul Rahman
AJK:
1) Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain
2) Khairudin bin Mustafa
3) Mohd Samsudin bin Yusuf
4) Zainara binti Abd Hamid
5) Rohaya binti Zakaria
Pengerusi tetap: Dinsuhaimi bin Sidek
Timb. Peng. Tetap: Hj Mat Daud bin Deraman
Pemeriksa Kira-kira: Mohd Abdullah bin Hamat
Wan Aishah Wan Ibrahim
Pemilihan wakil daerah ke MPN
1) Hj Mohd Azlan Ash’ari
2) Hj Asbullah bin Abdul Rahman
3) Hj Zulkefle Ab Rahman
4) Aminuddin bin Mahmud
5) Azrulnizam bin Zul
6) Rohaya binti Zakaria
7) Khairudin bin Mustafa
8.)Mohd Samsudin bin Yusuf
9) Mohd Abdullah bin Hamat
10) Mohd Hariff bin Hassan
11) Noor Shirlyna Irma binti Ngah
12) Zatinurnadiah binti Abd Hakim
Ucapan penggulungan oleh YDP IKRAM Kota Bharu sesi 2012-2014 menyentuh tentang kepentingan amal jamaie dan bersatu hati dalam menggerakkan dakwah seperti yang disebut dalam surah As-Saff, untuk mendapat ganjaran yang telah dijanjikan. Penegasan juga dibuat kepada penglibatan serius para ahli dalam aktiviti Jamaah seperti Multaqa Ilmi, Daurah, Qiam dan yang terdekat adalah Program OPTIM (Operasi Khidmat Masyarakat IKRAM Teens) bersama masyarakat Mukim Tapang.
Semoga Allah swt mengganjari serta merahmati keputusan syura yang telah dijalankan bersama, Amin Ya Rab



















