Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: Anjung

RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.

HEBAHAN: SEMUA DIJEMPUT HADIR

left direction
right direction
TARBIYAH : PERHIMPUNAN TARBIYAH SISWI KELANTAN
Akhawat fillah.. mari bersama untuk mengingati A...
MUZAKARAH MEDIA NEGERI KELANTAN
MINK'14 jom sertai Muzakarah ini....
KULIAH KITAB IMAN DAN KEHIDUPAN
Ustaz Sharani bin Mohd Naim akan mengulas kitab ...
SANTAI JUMAAT BERSAMA USTAZAH SERIPAH @ ALBANNA
JEMPUT BERAMAI-RAMAI JUMAAT NI, KITA TIMBA ILMU ...
CERAMAH KESIHATAN@ MASJID TAPANG
SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI SLO CER...
DAURAH KEFAHAMAN ISLAM BELIA/REMAJA
DAURAH KEFAHAMAN ISLAM UNTUK BELIA/REMAJA TEMPA...
KULIAH TAFSIR DI MASJID PINTU GENG
Kuliah Tafsir yang disampaikan bersama oleh Usta...
KULIAH WANITA@MASJID TAPANG
Kuliah Wanita akan diadakan setiap Jumaat pada p...

IKRAM NEGERI KELANTAN

KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM KELANTAN 29 Mei 2014

E-mail Cetak PDF

KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM KELANTAN

Hukum Penjenayah Rogol dengan Hukuman Berat yang setimpal

29 Mei 2014

1.. Berita dua remaja bawah umur yang dirogol beramai-ramai oleh lebih 30 orang lelaki di Ketereh Kelantan memeranjatkan semua pihak. Wanita Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan mengambil peduli dan berkongsi kesedihan yg dialami remaja terbabit dan keluarga mereka. Tidak terbayang trauma yg dihadapi remaja tersebut dan kesan jangka panjang yang bakal dialami mereka akibat dari perbuatan hina, terkutuk lagi kejam yang diperlakukan ke atasnya.

2. Wanita IKRAM juga melahirkan rasa bimbang kami terhadap kejadian jenayah rogol beramai- ramai yg semakin menjadi-jadi mutaakhir ini. Dalam kebanyakan kes ianya terjadi dalam keadaan mangsa bersama orang yg dikenali seperti teman lelaki dan kemudian dirogol beramai-ramai oleh rakan-rakan lelaki tersebut. Lelaki yg diharap menjadi pemimpin dan pelindung bagi wanita kini bertukar menjadi pemangsa yg ganas lagi kejam . Ke mana perginya rasa perikemanusiaan dan belas kasihan. Tidakkah terbayang kepada pemangsa andainya kejadian serupa diperlakukan orang lain kepada anak, isteri, ibu dan adik beradik perempuan mereka sendiri. 

3. Wanita IKRAM juga kesal kerana masih ramai anak gadis dan remaja puteri yg mengambil ringan soal maruah dan keselamatan diri dengan berani keluar bersama teman lelaki dan orang yg bukan mahram. Mereka juga amat mudah mempercayai orang lelaki sehingga diperdayakan malah diganasi sedemikian rupa .

Dengan itu Wanita IKRAM Kelantan menuntut agar

1. Penjenayah jenayah rogol ini segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan Hukuman berat yg setimpal mestilah dikenakan agar menjadi satu pengajaran kepada orang lain. 

2. Kami menyeru kepada anak-anak remaja agar sentiasa menjaga keselamatan diri. Sesungguhnya tiada tempat yg selamat untuk kita berjalan seorang diri. Jangan terlalu mudah mempercayai teman lelaki anda. Ambil beratlah nasihat ibubapa kita apabila mereka tidak mengizinkan kita keluar bersendirian.

3. Kepada ibubapa. ,teruslah menjalankan tanggungjawab kita mencegah anak-anak kita dari terkena penyakit gejala sosial. Berilah didikan agama yang sempurna dan binalah jatidiri anak yg kukuh dengan penuh kasihsayang. Namun , sekiranya anak kita sudah terjebak bantu dan rawatlah mereka agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sejahtera. 
Untuk bantuan dan bimbingan anda boleh menghubungi kami di talian Sahabat Raudatus Sakinah Kelantan 013 996 4077.

Mari kita sama-sama berusaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera

Dr Norhani Abd Rani
Ketua Wanita IKRAM Kelantan

KUNJUNGAN IMAM MUDA GAZA KE PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN

E-mail Cetak PDF

Imam Muda mengenakan mufler palestin kepada TGNA

16 Ogos 2012, KOTA BHARU -  Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim, YDP IKRAM Negeri Kelantan dan Pengerusi Aqsa Syarif  Negeri Kelantan, Dr. Othman bin Mohd Zain  telah mengiringi  Imam Muda dari Gaza, Sheikh Muhammad  Yaaqub berkunjung ke Pejabat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dalam suasana penuh mahabbah. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah saudara Miswar bin Abdul Halim,  pelajar perubatan di salah sebuah Universiti di Jordan yang ditugaskan sebagai sukarelawan pengiring dan penterjemah kepada kedua-dua Imam Muda tersebut. Imam muda Sheikh Taha tidak dapat turut serta dalam pertemuan bersejarah ini kerana beliau perlu berehat setelah bersama-sama beri'tikaf di Masjid Telipot dan diberi penghormatan menjadi imam solat tahajud. Pada malam tersebut beliau turut melayani pelbagai pertanyaan para remaja yang ingin mengetahui tentang keadaan di Gaza.

Baca lagi...

AKTIVIS AQSA SHARIF KELANTAN MISI A2G7 SELAMAT PULANG KETANAH AIR

E-mail Cetak PDF

20 Jun 2012, Rabu - Aktivis Aqsa Sharif, Dr Othman Mohd Zin yang menyertai misi A2G7 ke Gaza, Palestin sejak 8hb Jun 2012 lalu telah selamat tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa malam tadi kira-kira jam 8 mlm. Beliau yang juga seorang pakar perubatan di sebuah hospital di sini telah disambut meriah oleh kaum keluarga dan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM  di lobi ketibaan. Turut berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan beliau ialah Ustaz Dr Mohd Sharani Mohd Naim, YDP IKRAM Negeri dan semua Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah. Dr Othman kemudiannya diiringi pulang kekediamannya di Kubang Kerian. Walaupun keletihan kerana mengharungi perjalanan yang jauh dan getir di bumi Palestin dan Mesir, namun beliau tetap begitu bersemangat ketika memberi ucapan ringkasnya kepada ahli Ikram  di kediamannya.

Beliau amat terharu dengan kehadiran ramai ahli Ikram menyambut kepulangannya dan mengucapkan terima kasih diatas sokongan  padu yang berterusan oleh ahli keluarga dan IKRAM disepanjang misinya ke Gaza.

Baca lagi...

Kempen A2G3 di Kelantan Meriah dengan Kehadiran Ustaz Hasanuddin

E-mail Cetak PDF

Kerancakan kempen A2G3 di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran Ustaz Hasanuddin pada 13 dan 14 april (jumaat dan sabtu). Lima slot ceramah/kuliah telah dirancang untuk Ustaz Hasanuddin.


Memulakan siri kunjungan kali ini Ustaz telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat TG Hj Nik Abd Aziz memberi kuliah mingguan di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Kutipan yang dilakukan oleh Briged Amal PAS agak banyak. Kami belum tahu jumlah yang sebenarnya. Dikhabarkan juga terdapat dinar emas dan beberapa keping dirham di dalam tabung derma.

Ustaz dibawa menunaikan solat jumaat di Masjid Pengkalan Kubor, bersempadan dengan Takbai Thailand. Ceramah Palestin diadakan sebaik selesai solat jumaat. Agak ramai juga yang tidak meninggalkan masjid untuk mendengar ceramah ustaz.

Baca lagi...

Muka 3 dari 5

WANITA IKRAM KELANTAN

AWESOME MUSLIMAH.. STRIVING MUSLIMAH

AWESOME MUSLIMAH.. STRIVING MUSLIMAH
Awesome Muslimah 3.0 ialah program bual bicara hasil kerjasama erat antara IKRAM Siswa Kelantan dan Rakan Masjid Pusat Islam USM KK dengan sumbangan daripada Wanita IKRAM Kelantan. Program ini berfokuskan pada 10 muwasafat tarbiyah yg digariskan oleh ISHAB dan muwasafat tarbiyah yang dipilih untuk AM pada kali ini ialah munazzamun fi syu'unihi (Tersusun pengurusan). AM3 membawakan tema ''The Striving Muslimah 24 Hours'' dengan tagline AM3- ''Productive Muslimah Successful Muslimah''. Penceramah ...
Baca lagi...

IKRAM DAERAH KOTA BHARU

BAZAR BUNDLE iBantu IKRAM Kota Bharu

BAZAR BUNDLE iBantu IKRAM Kota Bharu

4-5/1/2015 - Alhamdulillah IKRAM Kota Bharu telah mengadakan Bazar Bundle bagi mengagihkan pakaian kepada penduduk di sekitar Kg Paloh. Masyarakat diberikan kupon percuma dan mereka boleh datang ke khemah yang disediakan untuk mengambil pakaian secara percuma sebanyak keperluan mereka. Menurut penduduk disitu, mereka terpaksa meninggalkan rumah dengan segera kerana arus deras yang memenuhi kawasan rumah mereka dan ada yang hanya sempat menyelamatkan keluarga sehelai sepinggan. Dengan mengadakan ...

Baca lagi...

IKRAM DAERAH PASIR MAS

500 Penduduk Pasir Mas Sertai Program IKRAM

500 Penduduk Pasir Mas Sertai Program IKRAM

Pasir Mas: 12 Ogos 2011, Pertubuhan IKRAM Pasir Mas telah berjaya mengumpulkan kira-kira 500 penduduk Kg Rahmat dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid Mukim kampung berkenaan, kira-kir...

Baca lagi...

IKRAM DAERAH TUMPAT

IKRAM Tumpat Santuni Fakir Miskin

IKRAM Tumpat Santuni Fakir Miskin

TUMPAT – Bersempena bulan Ramadan al-Mubarak, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Tumpat telah mengadakan program pengagihan sumbangan kepada fakir miskin di daerah ini semalam. En. Zulkifli Affandi, selaku Yang Dipertua IKRAM Tumpat telah menyampaikan pengagihan tersebut yang diadakan di Masjid SBJ Putera, Pasir Pekan. Program agihan bantuan tersebut adalah kerjasama antara IKRAM Daerah Tumpat dengan tajaan daripada   Islamic Relief Malaysia (IRM) .

Dalam ucapannya, En.Zulkifli menyentuh tent...

Baca lagi...