Sunday, Sep 24th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: Anjung

KORBAN KASIH UMMAH NEGERI KELANTAN

Alhamdulillah pagi tadi (28/10/2012) telah berlangsung program Qurban anjuran IKRAM Negeri Kelantan di perkarangan Sekolah Menengah Islam Aman, Binjai, Kota Bharu.
3 ekor lembu berjaya ditumbangkan;
1. lembu sumbangan QKU untuk JK Khidmat Masyarakat Negeri
2. lembu sumbangan QKU untuk Raudhatus Sakinah Negeri Kelantan
3. lembu sumbangan qurban ikhwah IKRAM Daerah Kota Bharu

Alhamdulillah lebih dari 100 ahli ikram dari Aulad, teens dan dewasa, warga Pusat Pendidikan Aman, ibubapa pelajar Pusat Pendidikan Aman dan masyarakat sekitar menjayakan program ini.
YDP Ikram Negeri Kelantan Ustaz Dr Mohd Shaarani Mohd Naim dan Ketua Wanita Dr Norhani Abdul Rani turut hadir bersama2 hadirin dalam ibadah qurban ini.

Pada majlis tersebut para ikhwah dan akhawat serta guru-guru SRI dan SMI telah bergotong-royong menyiapkan juadah nasi dan lauk pauk dari daging qorban untuk diadakan 'bekwah' (jamuan) untuk tetamu yang hadir pada hari itu. Kemudian daging-daging qorban diagihkan kepada penduduk setempat dan guru-guru.
Semoga tema 'Pengorbanan bermula dalam keluarga' dapat dihayati oleh semua.