Sunday, Sep 24th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: Anjung

KESEDARAN DAKWAH KEPADA NONMUSLIM DITINGKATKAN DI KELANTAN

Pertubuhan IKRAM  Daerah Bachok, Kelantan telah menganjurkan satu kursus yang bertujuan untuk memberi  informasi dan  kaedah untuk menyampaikan dakwah kepada  golongan bukan Islam. Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 15 Disember 2012 di Hotel Habib, Kota Bharu. Kursus selama satu hari ini dikendalikan oleh saudara Lim Jooi Soon,  saudara  Firdaus Wong, saudara Mohd Amin Yaacob dan saudara Kamaruzaman.

 

Berdasarkan maklumat daripada YDP Pertubuhan IKRAM Daerah Bachok, seramai 30 orang peserta telah menghadiri kursus dan kehadiran mereka adalah melalui jemputan kerana kursus ini dikhususkan untuk pendakwah-pendakwah yang berminat untuk menyuburkan dan mengembangkan kemahiran dakwah dalam kalangan bukan Islam. Peserta-peserta yang telah dijemput khas adalah terdiri daripada Perkim, Haluan, Islamic Outreach ABIM, MPKB BI, JAHEIK  dan juga ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan.

Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Muhammad Awang, Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam ucapan perasmian, beliau telah menyatakan untuk bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Kelantan akan sentiasa menyokong usaha yang murni ini.