Sunday, Sep 24th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: Anjung

KKPI MENGISI RUANG REMAJA DI MASJID TELIPOT

 

Pada 26 dan 27 Sept baru-baru ini Pertubuhan IKRAM Daerah Kota Bharu telah mengadakan satu program khas untuk para remaja sekolah iaitu Kursus Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) yang bertema ‘Pelajar Hari Ini, Pemimpin Masa Depan’. Istimewanya program ini ia telah diadakan di salah sebuah masjid terkenal yang menjadi tumpuan penduduk Negeri Kelantan iaitu Masjid Telipot, Kota Bharu. Pihak Masjid juga amat mengalu-alukan sebarang program yang dilaksanakan oleh IKRAM di mana program KKPI ini dianjurkan bersama dengan pihak masjid.

 

Pertubuhan IKRAM Daerah Kota Bharu mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kursus Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) yang bertujuan untuk menerapkan cara hidup, kefahaman dan kesedaran kepada para pelajar tentang konsep kehidupan yang seimbang dari aspek pengukuhan aqidah dan ibadah islamiah bagi mengatasi dan membendung gejala-gejala sosial yang sering berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

 

Kursus yang berlangsung selama lebih kurang satu hari itu telah berjaya memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa anak-anak remaja yang terdiri dari 36 orang pelajar perempuan dan 33 pelajar lelaki. Dimulakan dengan solat asar  bersama, pelbagai pengisian yang membina jiwa pelajar disampaikan termasuk Aqidah Perisai Gejala Sosial dan Ibadah Sumber Kekuatan. Kemudian kefahaman mereka dijiwai dengan LDK yang dipandu oleh fasilitator yang terdiri daripada IKRAM Siswa dan IKRAM teens. Pada malamnya mereka telah mengadakan qiamulail bersama.

Kursus  ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu dan ditutup dengan rasminya oleh wakil Imam Besar Masjid Telipot. Salah seorang peserta yang dilantik sebagai ‘Penghulu’ bagi para peserta, Muhammad Syahid bin Nordin dari Sekolah Menengah Kubang Kerian menyatakan bahawa Kursus ini amat penting dilalui oleh pelajar kerana mereka diajar untuk menjadi seorang pemimpin yang mementingkan kesempurnaan akidah dan ibadah dalam kepimpinan Beliau juga mengharapkan kesinambungan program ini selepas ini.Alhamdulillah Allahuakbar.