Saturday, Nov 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: Anjung

PARA PESERTA KARNIVAL AMAL ISLAMI BERHIMPUN DI NEGERI SERAMBI MEKAH

Karnival Amal Islami kali ke 4 pada tahun ini terasa amat istimewa kerana Kelantan, bumi Serambi Mekah, telah terpilih untuk mendapat keberkatannya dengan menerima kunjungan seramai lebih kurang 1800 orang anak-anak pelajar beserta dengan guru pengiring dan juga ibubapa.Kepenatan dan keletihan para petugas sebagai tuan rumah terasa hilang apabila melihat keazaman dan semangat cintakan ilmu yang diserlahkan oleh para pelajar dalam setiap acara yang dipertandingkan.