Sunday, Sep 24th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: Anjung

KEMPEN KESIHATAN WANITA ANJURAN BERSAMA WANITA IKRAM DAN LPPKN

22 November 2014 (Sabtu) - Telah berlangsung KEMPEN MEMMOGRAM DAN KESIHATAN PAYUDARA di Hotel Raudhah, Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Wanita IKRAM Kota Bharu dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) cawangan Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Ketua Wanita IKRAM Negeri Kelantan, Dr Norhani Abdul Rani. Ketua Wanita menegaskan akan kepentingan seorang wanita untuk sentiasa memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik kerana kerukunan sebuah rumahtangga adalah amat bergantung kepada kesihatan seorang ibu. Ketua Wanita juga mengharapkan kerjasama yang dijalinkan dengan LPPKN akan dapat diperpanjangkan dengan terus menganjurkan program seperti di daerah-daerah di seluruh Kelantan.

Slot pengisian yang pertama disampaikan oleh Sister Hamizan Mustafa, Ketua Jururawat LPPKN  menerangkan tentang memmogram. Penerangan yang disampaikan kepada peserta adalah mengenai subsidi yang diberikan kepada wanita yang berusia 40-an dan mesti berdaftar dengan LPPKN. Sesiapa yang berdaftar akan dibawa untuk pemeriksaan di Terengganu dan mereka juga diberikan duit poket sebanyak RM10. Peserta juga boleh mendaftarkan diri melalui pertubuhan yang menganjurkan program seperti ini. Yang menariknya sepanjang program berlangsung, pemeriksaan kesihatan juga dijalankan secara berperingkat oleh para petugas LPPKN.

 



Program diteruskan dengan  slot pengisian oleh Dr Hafidzah Mustakim, Pegawai Perubatan LPPKN, yang bertajuk Kesihatan Payudara. Kemudian majlis diteruskan dengan slot pengisian ke 2 yang oleh Dr Mukarramah bt Ayyub, Pakar Patologi dan Ketua Jabatan Patalogi HRPZ yang membawa peserta mengenali akan penyakit-penyakit payudara. Dr Hafidzah dan Dr Mukarramah yang juga AJK Wanita IKRAM Kota Bharu turut menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para peserta.

Majlis yang bermakna buat wanita ini diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Dr Dasmawati bt Muhammad, Ketua Wanita IKRAM Kota Bharu.