Saturday, Nov 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: Anjung

TARBIYAH : PERHIMPUNAN TARBIYAH SISWI KELANTAN

Akhawat fillah.. mari bersama untuk mengingati Allah dan merapatkan ukhuwwah.. Ingat janji temu kita ye

MUZAKARAH MEDIA NEGERI KELANTAN

MINK'14 jom sertai Muzakarah ini.

KULIAH KITAB IMAN DAN KEHIDUPAN

Ustaz Sharani bin Mohd Naim akan mengulas kitab Iman dan Kehidupan di Masjid Telipot  selepas Solat Maghrib setiap hari ahad. Ustaz memberi pengisian setiap seminggu sekali di Masjid tersebut. Jom ramai-ramai kita ikuti kuliah beliau.

KEMPEN KESIHATAN WANITA ANJURAN BERSAMA WANITA IKRAM DAN LPPKN

22 November 2014 (Sabtu) - Telah berlangsung KEMPEN MEMMOGRAM DAN KESIHATAN PAYUDARA di Hotel Raudhah, Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Wanita IKRAM Kota Bharu dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) cawangan Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Ketua Wanita IKRAM Negeri Kelantan, Dr Norhani Abdul Rani. Ketua Wanita menegaskan akan kepentingan seorang wanita untuk sentiasa memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik kerana kerukunan sebuah rumahtangga adalah amat bergantung kepada kesihatan seorang ibu. Ketua Wanita juga mengharapkan kerjasama yang dijalinkan dengan LPPKN akan dapat diperpanjangkan dengan terus menganjurkan program seperti di daerah-daerah di seluruh Kelantan.

Slot pengisian yang pertama disampaikan oleh Sister Hamizan Mustafa, Ketua Jururawat LPPKN  menerangkan tentang memmogram. Penerangan yang disampaikan kepada peserta adalah mengenai subsidi yang diberikan kepada wanita yang berusia 40-an dan mesti berdaftar dengan LPPKN. Sesiapa yang berdaftar akan dibawa untuk pemeriksaan di Terengganu dan mereka juga diberikan duit poket sebanyak RM10. Peserta juga boleh mendaftarkan diri melalui pertubuhan yang menganjurkan program seperti ini. Yang menariknya sepanjang program berlangsung, pemeriksaan kesihatan juga dijalankan secara berperingkat oleh para petugas LPPKN.

Baca Lagi...

PARA PESERTA KARNIVAL AMAL ISLAMI BERHIMPUN DI NEGERI SERAMBI MEKAH

Karnival Amal Islami kali ke 4 pada tahun ini terasa amat istimewa kerana Kelantan, bumi Serambi Mekah, telah terpilih untuk mendapat keberkatannya dengan menerima kunjungan seramai lebih kurang 1800 orang anak-anak pelajar beserta dengan guru pengiring dan juga ibubapa.Kepenatan dan keletihan para petugas sebagai tuan rumah terasa hilang apabila melihat keazaman dan semangat cintakan ilmu yang diserlahkan oleh para pelajar dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Muka 1 dari 2