Thursday, Dec 14th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: WANITA AKTIVITI SEMINAR 'BOYS AND GIRLS LEARN DIFFERENTLY' MAHIRKAN PESERTA DALAM TARBIYAH ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

SEMINAR 'BOYS AND GIRLS LEARN DIFFERENTLY' MAHIRKAN PESERTA DALAM TARBIYAH ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

17 November 2012 (Sabtu) Kota Bharu - Alhamdulillah, pada permulaan tahun Hijrah (3 Hijrah) 17/11/2012, Sabtu, kita telah dihidangkan dengan sistem pentarbiyahan anak-anak/ tarbiyatul aulad yang mengambil kira konsep pembesaran berlainan jantina. Seminar kali ini disampaikan oleh Saudara Ahmad Shafiai Uda Jaafar yang lebih dikenali sebagai Pak Utih. Seramai lebih seratus orang peserta telah hadir untuk memahirkan diri dalam pendidikan anak-anak. Kebanyakan peserta adalah terdiri daripada wakil-wakil guru dan pengusaha tadika dan pusat perkembangan kanak-kanak di sekitar Kota Bharu. Program ini turut disertai oleh ibubapa muda yang amat berminat untuk mengikuti proses perkembangan kanak-kanak mengikut kaedah Islam.

Menurut salah seorang peserta program, beliau telah beberapa kali mengikuti seminar yang dikendalikan oleh Pak Utih dan merasakan bahawa program seumpama ini dapat memberikan input yang besar dalam membantu beliau dalam menangani masalah berkaitan dengan proses pentarbiyahan anak-anak. Para peserta didedahkan oleh Pak Utih dengan perspektif yang berbeza dalam kaedah pembelajaran di antara anak lelaki dan anak perempuan. Dalam slot pertama, Ketua Wanita IKRAM Negeri Kelantan telah membuat pengisian yang bertajuk 'Panduan Dasar dalam Mendidik Anak'. Menurut beliau, ibubapa hari ini mesti melengkapkan diri sebaik mungkin dengan ilmu-ilmu mendidik anak kerana generasi yang mereka didik adalah genarasi yang amat berbeza daripada mereka . Dengan mengambil kata-kata daripada Saidina Umar Al-Khattab iaitu 'ddiklah anak kamu menurut zamannya'. Generasi ibubapa sekarang adalah dari generasi Y berdepan dengan generasi Z dan generasi alpha yang menjadikan internet dan maya sebagai perkara yang amat penting dalam hidup mereka. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan mengingatkan para peserta untuk sama-sama berganding bahu dalam mendidik anak-anak. Menurut Imam Ghazali tugas mendidik anak perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab seperti dalam pesanan beliau;

Anak adalah seperti sebutir permata yang belum digilap. Ibubapanyalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan  (menjadi orang yang sentiasa mencari keridhaan Allah)

Program ini dianjurkan oleh Wanita IKRAM Negeri dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mabruk kepada Wanita IKRAM negeri kerana sekali lagi telah melaksanakan tumpuan dakwah, kebajikan dan tarbiyah terutama kepada sistem keluarga dan para guru yang akan mendidik rijal dan nisa' pada masa akan datang.