Thursday, Dec 14th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah PASIR MAS KEHADIRAN FORUM MAAL HIJRAH MASJID MUKIM PALOH, PASIR MAS MEMBUKTIKAN KESEDARAN PENDUDUK TERHADAP PERJUANGAN RASULULLAH SAW

KEHADIRAN FORUM MAAL HIJRAH MASJID MUKIM PALOH, PASIR MAS MEMBUKTIKAN KESEDARAN PENDUDUK TERHADAP PERJUANGAN RASULULLAH SAW

Pasir Mas, 14hb Disember 2012 (Jumaat) - Sempena menyambut tahun baru Hijrah 1434, IKRAM Pasir MAs telah mengadakan forum yang bertempat di masjid Mukim Paloh, Pasir Mas. Forum yang bermula selepas solat Maghrib itu tamat sejam kemudiannya. Penampilan ahli panel yang terdiri dari Ustaz Saufi Abdullah, Pensyarah KIAS dan Ustaz Dr Shaarani Mohd Naim dari Institut Perguruan Kota Bharu (IPGKB) telah menarik hampir 300 penduduk Mukim Paloh untuk datang mendengarnya. Moderator Forum, Ustaz Dr Mohd Zin berkata ramai penduduk yang hadir sambil solat berjemaah  adalah bagi mendengar penjelasan yang menarik dari para ahli panel berkaitan hijrah Ar Rasul (saw). Seorang jemaah yang datang dari luar Mukim berkata, ini

AHLI PANELmenandakan mereka    mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghayati  Islam dan mahu melakukan satu perubahan dan anjakan paradigma yang lebih luas bagi memastikan mereka berada dalam kelompok yang diredhai Allah.

Ustaz Saufi dalam menjelaskan konsep hijrah mengatakan Nabi(saw) berhijrah ke Madinah kerana mencari tapak yang subur untuk menyebarkan Islam setelah beberapa tempat lain tidak mendatangkan hasil. Katanya Umat Islam jika mahu berjaya dalam hijrah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik hendaklah berasaskan kepada beberapa perkara iatu niat yang betul, ikhlas hanya kepada Allah, perlu ada perancangan, pengorbanan dari segi harta dan masa dan kemudiannya tawakkal.

Dalam mengupas perkara yang sama, Ustaz Dr Sharani menyatakan bahawa kalau Allah berkehendak, Allah tiup sahaja nabi(saw) dari Mekah dan dalam sekelip mata boleh sampai ke Madinah, tetapi tidak begitu kerana Allah mahu mengajar nabi(saw) supaya ada perancangan. Nabi(saw) telah merancang dari peringkat awal lagi dengan menghantar beberapa orang sahabat untuk mengajar Islam kepada penduduk Madinah sehinggalah pada saat penghijrahan Nabi(saw) penduduk Madinah berbondong-bondong keluar menyambut baginda dan rombongannya.

PARA MUSLIMINmuslimat

Konsep perancangan yang dibina oleh nabi(saw) ini hendaklah dipraktikkan oleh umat Isalam dalam melakukan sebarang tindakan dalam kehidupan mereka. Ketika menjawab soalan dari pendengar, beliau menyifatkan bahwa Islam tidak melarang bercinta tetapi perlu mengikut cara yang dibenarkan, umpamanya sekiranya kita berminat kepada seseorang untuk dijadikan isteri, kita perlu melalui orang tengah atau keluarga untuk pergi merisik dan membuat cadangan kepada pihak perempuan. Beliau bagaimanapun menyarankan supaya anak-anak muda dalam mencari kawan hendaklah memastikan kawan itu tidak membawa kepada perkara maksiat seperti menyertai kelab Remaja IKRAM Kelantan (IKRAMTeens) yang terbukti dengan didikan tarbiyah Islam dan usrah  telah dapat membentuk akhlak dan tutur kata yang mencerminkan penghayatan Islam.

Laporan oleh,

IKRAMedia Pasir Mas