Wednesday, Aug 23rd

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah KOTA BHARU IKRAM KOTA BHARU ANJUR DUA FORUM MAAL HIJRAH AJAK MASYARAKAT HAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW

IKRAM KOTA BHARU ANJUR DUA FORUM MAAL HIJRAH AJAK MASYARAKAT HAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW

Kota Bharu 24 November dan 8 Disember 2012 - Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Daerah Kota Bharu telah menganjurkan dua Program Forum Maal Hijrah dengan Tema Hijrah Satu Perubahan. Forum ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat menghayati hijrah Rasulullah saw dan melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. Para hadirin telah didedahkan dengan pengertian sebenar Hijrah dalam rangka melakukan perubahan yang menyeluruh mengikut maratib amal sehinggalah tercapai konsep Islam sebagai Ustaziatul Alam. Ahli panel telah mengajak para ahli jamaah untuk hijrah dalam diri dan keluarga masing-masing sehinggalah semua anggota akan bukan sahaja menjadi insan yang beriman tetapi juga menjadi orang yang menggerakkan Islam dalam masyarakat.

Program yang pertama diadakan di Masjid Tapang pada 24 November 2012. Ahli Panel adalah terdiri dari Dr.Mohd Zin bin Mahmood, bekas pensyarah Universiti Brunei dan sekarang adalah pensyarah KIAS dan Ustaz Haji Saufi bin Abdullah. Para hadirin yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat setempat amat gembira dan berharap pihak IKRAM akan terus menganjurkan program seumpamanya kerana masjid mereka adalah masjid pengkalan dakwah IKRAM Kota Bharu

Forum siri yang ke dua diadakan di Masjid At-Taqwa, Jalan Hospital, Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan. Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Hj. Saufi bin Abdullah, AJK IKRAM Negeri Kelantan dan Ustaz Mohd Nuri bin Mustafa, TYDP IKRAM Bachok, dan dikendalikan oleh saudara Moderator, Hj Khairudin Mustafa, AJK IKRAM Kota Bharu. Kehadiran terdiri daripada qariah Masjid At-Taqwa, Paya Bemban. Turut hadir bersama adalah YDP IKRAM Negeri Kelantan, AJK IKRAM Daerah Kota Bharu dan rombongan IKRAMteens Perlis. Program bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan tamat sekitar jam 10.00 mlm. Semasa forum berlangsung, Tabung "Save Gaza" telah diedarkan kepada hadirin.