Wednesday, Aug 23rd

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: WANITA AKTIVITI WANITA MASJID TAPANG RASA SYUKUR DENGAN KEHADIRAN WANITA IKRAM

WANITA MASJID TAPANG RASA SYUKUR DENGAN KEHADIRAN WANITA IKRAM

21 Disember 2012, Jumaat - Kehadiran Wanita IKRAM ke Masjid Tapang setiap minggu disambut dengan rasa syukur oleh wanita disitu kerana mereka sentiasa diberikan pendedahan dan maklumat bukan sahaja di sudut agama bahkan disudut cara menjaga kesihatan. Petang tadi telah berlangsung Ceramah Kesihatan oleh Dr Noor Shirlyna dengan tajuk Penjagaan Mata. Mereka telah diberikan penerangan mengenai kerosakan mata seperti penyakit mata katarak yang biasanya dihidapi oleh orang yang berusia 40 ke atas. Mereka merasa bersyukur di atas pemberian penglihatan oleh Allah swt dan berazam untuk bersegera membuat rawatan jika terdapat simptom-simptom seperti yang telah diterangkan.

Walaupun lebat hujan pada hari itu kerana Kelantan sekarang dilanda musim tengkujuh, mereka tetap setia untuk mendengar penerangan yang diberi. Ini adalah merupakan siri Kuliah Wanita@Masjid Tapang dan minggu ini merupakan giliran slot Ceramah Kesihatan. Sudah hampir 6 bulan kuliah ini diadakan dan ia diadakan berselang-seli dengan kuliah tafsir, fiqh wanita, baitul muslim dan ceramah kesihatan. Wanita IKRAM akan terus istiqamah dalam menyampaikan fikrah kedalam masyarakat dimana jadual kuliah akan diteruskan untuk tahun 2013, Insyallah, semoga Allah swt permudahkan.Amin