Thursday, Dec 14th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: WANITA AKTIVITI QIAM DAN REHLAH PELATIH RAUDHATUL SAKINAH KELANTAN

QIAM DAN REHLAH PELATIH RAUDHATUL SAKINAH KELANTAN

Pada 13 & 14 Disember 2012, Raudhatus Sakinah Kelantan dan Akhawat IKRAM Negeri Kelantan telah julung-julung kali mengadakan Qiam dan Rehlah RS 2012. Rehlah yang diadakan di Pantai Irama, Bachok telah disertai seramai 16 orang pelatih, 3 orang warden dan 4 orang Akhawat IKRAM.

Objektif Rehlah ini bertujuan memupuk Silaturrahim dan Kasih Sayang serta kerjasama erat antara pelatih, warden dan Akhawat sendiri selain menikmati ciptaan Allah swt yang Maha Hebat. Program ini bermula dengan sesi taklimat program oleh Ukhti Khairul Naaim bt Mohd Nasir pada sebelah malam sebelum mereka berqiammullail pada pagi keesokan harinya.

Keesokan hari, seusai solat Subuh berjamaah, program diisi dengan tazkirah Subuh oleh Ukhti Nur Iwani dan Ukhti Ainun Izzati Razali mengenai Keutamaan berselawat kepada Rasulullah s.a.w dan Hijab Wanita Muslim. Sebelum berangkat ke Pantai Irama, lebihkurang pada Jam 8.15 pagi, bermulalah perjalanan ke Pantai Irama. Sebanyak 4 buah kereta terlibat sebagai pengangkutan peserta. Sejurus sampai ke destinasi, peserta menunaikan solat Dhuha berjamaah disusuli dengan tadabbur Al-Quran dari surah Luqman ayat 12 sehingga 19 iaitu mengenai nasihat Luqman kepada anaknya. Penerangan kepada ayat-ayat ini disampaikan oleh Ukhti Nur Fatihah bt Raimi.

Sejurus selepas itu, para peserta dihidangkan dengan makan pagi sebelum sesi permainan. Permainan kotak beracun bukan sahaja bertujuan untuk berhibur malah menguji pengetahuan para peserta melalui soalan-soalan yang berkisarkan keagamaan. Program tamat pada jam 11.30 pagi dan kesemua peserta tiba semula ke Raudhadul Sakinah dengan selamat. Dengan berakhirnya rehlah kali ini, diharapksn ukhuwwah yang terbina memudahkan lagi usaha-usaha bagi melaksanakan dakwah dan tarbiyah sebagai misi membawa masyarakat kearah Ubudiyah hanya kepada Allah swt. ~

Disediakan oleh : Ukhti Ainun Izzati Razali.