Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah PASIR MAS IKRAM PASIR MAS TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

IKRAM PASIR MAS TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

Pasir Mas, 28 Disember 2012(Jumaat) - Beberapa orang aktivis Ikram Daerah Pasir Mas berpadu tenaga mengedar barangan berupa makanan kering dan beras ke rumah-rumah mangsa banjir di Kampung Pohon Tanjung, Rantau Panjang, Kelantan. Kampung ini adalah kawasan yang bersempadan dengan Negara Thailand.

 

Dengan bantuan penduduk kampung berkenaan, para sukarelawan telah berjaya mendapat dua buah bot laju bagi mengedarkan barangan tersebut ke rumah penduduk yang maseh ditenggelami air sedalam 4-5 kaki. Operasi bermula selepas solat jumaat dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang.

Kebanyakan mangsa-mangsa yang ditemui amat mengharapkan bantuan dari semua pihak kerana mereka terperangkap dirumah dan tidak dapat bergerak ke mana-mana untuk mendapatkan bekalan makanan disebabkan air sungai golok telah melimpahi ke kawasan kampung mereka. Insyallah semoga dengan bantuan yang sedikit ini akan dapat memberikan keringanan terhadap musibah yang melanda mereka sekarang.