Thursday, Dec 14th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: PERKONGSIAN TAZKIRAH SALAM AIDILADHA BAGAIMANA KITA MENGHAYATINYA

SALAM AIDILADHA BAGAIMANA KITA MENGHAYATINYA

SUMBANGAN E-DAKWAH OLEH WANITA IKRAM TUMPAT

Wahai Ikhwan sekalian,

Beramal untuk memelihara jiwa kita sendiri itu adalah kewajipan pertama dalam susunan keutamaan wajibat kita. Maka hendaklah  kamu bersungguh-sungguh bermujahadah dengan diri kamu. Pastikan diri kamu berada di atas ta’alim Islam dan hukum-hukumnya. Jangan kamu meremehkan (meringan-ringankan) ta’alim Islam dan hukum-hukumnya itu dalam apa keadaan sekalipun. Hendaklah kamu sentiasa berada dalam ketaatan dan larilah kamu dari dosa serta bersihkan diri kamu dari perkara-perkara maksiat. Hubungkanlah hati-hati dan perasaan kamu sentiasa dengan Allah yang merupakan pemilik langit dan bumi. Lawanlah kemalasan dan singkirkan perasaan lemah. Pastikan perasaan dan semangat syabab (pemuda) kamu terarah kepada kebaikan dan kesucian. Hisablah diri-diri kamu dalam hal ini dengan penghisaban yang sukar. Berhati-hatilah kamu agar jangan sampai berlalu kepada kamu satu detik tanpa amal yang baik dan tanpa usaha yang murni bagi kemaslahatan dakwah ini”.

-    Pesanan al Imam Hasan al Banna kepada anggota al Ikhwan al Muslimin  dalam bab “ Menghalang berlakunya mudhorat daripada jiwa dan kewajipan menjaganya “  pada tahun 1939 setelah selesai berlangsungnya Muktamar Kelima

Ahlan wa Sahlan Bi Layaalin `Asyr..

( 10 Hari Awal ZulHijjah )

Keistimewaannya :

· Allah swt bersumpah dengannya dalam Al quran ( والفجر وليال عشر )

· Amalan  pd hari2 ini lebih disukai Allah

· Hari ke 8 adalah hari tarwiyah

· Hari ke 9 adalah hari Arafah

· Kefarduan haji pada hari2 ini

· Hari ke 10—hariraya korban

· Hari2 bertaqarrub kepada Allah

· Siangnya afdhal dr siang sepuluh akhir Ramadhan

· Hari rasmi tahunan bagi semua ibadat

· Hari2 penuh keberkatan bagi hujjaj dan semua umat Islam di tanah air.

 

عن أم المؤمنين عائشة -رضي الله عنها-أنها قالت : عن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  قال : " ما من يومٍ أكثر من أن يُعتق الله عز وجل عبداً من النار  من يوم عرفة ، ...  "

Dari Ummil Mukminin `Aisyah ® katanya :

Dari Rasulullah saw yang bersabda :  “ Tidak ada hari yang lebih ramai  Allah swt membebaskan manusia  dari api neraka daripada hari Arafah

1. Berlumba mengambil peluang keemasan yang dihadiahkan Allah pada awal Zulhijjah ini.

2. Bersedia mengubah rutin kehidupan kita kepada yang terbaik dengan mengambil peluang2 yang terhad ini.

3. Berusaha memaksimakan masa beramal kerana Allah kerana slogan seorang da`i adalah “ Hayati Kulluha LiLLah..”

4. Menghayati ibadat haji yang sarat dengan pengalaman tarbawiyyah.

5. Melibatkan anak-anak lelaki dalam amalan korban penyembelihan bagi mendidik keberanian dan kelelakian ( syaja`ah dan rujulah )

Mantajarrudkan diri daripada segala ikatan keduniaan dalam melakukan sambutan hariraya

Muhasabah Zilhijjah

Pertama:

Orang yang mengajak orang lain kepada petunjuk sedangkan dia tidak beramal dengannya samalah seperti lampu yang memberi cahaya kepada manusia tetapi ia membakar dirinya sendiri. Semoga Allah menyelamatkan kita semua.

Kedua:

Bahawa tanggungjawab duah terhadap orang lain tidak harus memalingkan mereka dari tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. Dan bahawa kesibukan mereka berusaha memperbaiki manusia seharusnya tidak memalingkan mereka daripada mengislahkan hal keadaan mereka. Maka dengan demikian mereka telah memberi hak kepada yang berhak.

Kita bermohon agar Allah s.w.t. menjadikan batin kita semua lebih baik dari zahir (lahiriah) kita, yang tersembunyi pada kita lebih baik dari yang terserlah, dan semoga Allah s.w.t. mengurniakan kita benar dalam ucapan dan amalan serta ikhlas dalam sunyi dan terbuka.

Adab Berhariraya

1.Mandi sebelum keluar solat hariraya.

2.Tidak makan sebelum keluar solat   hariraya.

3.Bertakbir pada hariraya.

4.Saling mengucapkan tahniah hariraya.

5.Memakai pakaian baru dan indah.

6.Keluar ke tempat solat dan balik menggunakan jalan yang berbeza.

7.Menyegerakan solat sunat hariraya.

8.Menggalakkan wanita dan kanak-kanak menyertai solat sunat hariraya.

9.Melaungkan takbir dengan penuh semangat menandakan kemenangan mengatasi dugaan semasa mengerjakan haji.

 

Amalan yang dianjurkan pd hari-hari ini :

1. Banyak zikrullah, berdoa dan tilawah quran.

2. Banyak mendirikan solat sunat

3. Bertakbir

4. Melakukan sembelihan qurban

5. Membanyakkan sedekah

6. Berpuasa pada hari `Arafah ( 9 zulhijjah )

7. Melakukan qiyamullail

8. Melakukan umrah

9. Ziarah Masjid Nabi di Madinah

10. Taubat dan kembali kepada Allah

 

Bertakbir Pada Hari Raya

Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan; “Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”. (Riwayat Imam Bukhari

Adab penyembelihan :

1.Tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.

2.Tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang akan disembelih.

3.Tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar.

4. Memilih cara paling mudah dan yang paling kurang menimbulkan rasa sakit.

5.Tidak memukul, menyepak atau memaki haiwan sembelihan.

6.Menghadapkan haiwan sembelihan ke arah kiblat.

7.Membaringkan haiwan ke tanah.

8.Menyembelih dengan alatan tajam selain kuku, tulang, gading dan gigi.

9. Menyebut nama Allah dan membanyakkan takbir.