Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah KOTA BHARU MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERTUBUHAN IKRAM KOTA BHARU

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERTUBUHAN IKRAM KOTA BHARU

Majlis berbuka puasa pertubuhan IKRAM Kota Bharu bersama masyarakat akan diadakan pada 13 Ogos 2011

Orang ramai dijemput hadir terutama Ikhwah dan Akhawat di sekitar Kota Bharu untuk bersama penduduk kampung mukim Tapang.

Hari tersebut adalah hari yang penuh bersejarah bagi IKRAM Kota Bharu kerana di antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengadakan juga Majlis Pelancaran Masjid Tapang sebagai Pusat Aktiviti Dakwah IKRAM.

Di hari tersebut juga sumbangan ramadhan akan disampaikan kepada penduduk miskin sekitar Kota Bharu. Sumbangan ini adalah dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia.

Menurut Yang DiPertua Daerah Kota Bharu, Ustaz Dr Mohd Sharani bin Mohd Naim, pihak IKRAM Kelantan akan menyumbang seekor lembu untuk penduduk kampung bagi juadah berbuka puasa. Penduduk kampung akan memasak secara bergotong-royong untuk majlis berbuka. Beliau juga menjemput ikhwah dan akhawat untuk datang ke Masjid Tapang untuk berbuka bersama pada hari tersebut kerana selepas ini banyak aktiviti dakwah yang akan melibatkan kerjasama ikhwah dan akhawat akan dilaksanakan dimasjid tersebut.

Selepas berbuka dan solat maghrib bersama, satu tazkirah Ramadhan akan disampaikan dan diikuti pula dengan Solat Sunat Tarawih bersama seorang Hafiz jemputan.