Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah PASIR MAS 500 Penduduk Pasir Mas Sertai Program IKRAM

500 Penduduk Pasir Mas Sertai Program IKRAM

Pasir Mas: 12 Ogos 2011, Pertubuhan IKRAM Pasir Mas telah berjaya mengumpulkan kira-kira 500 penduduk Kg Rahmat dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid Mukim kampung berkenaan, kira-kira 30 km dari bandar Pasir Mas dan bersempadanan dengan Selatan Thailand. Kehadiran rombongan IKRAM telah disambut meriah oleh Imam serta ahli jawatankuaas masjid berkenaan. Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua, ahli jawantankuasa serta ahli-ahli IKRAM Daerah. Majlis yang bermula jam 5.30 petang itu dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Yang DiPertua IKRAM Daerah, Ustaz Saufi Hj Abdullah. Dalam ucapanya beliau turut menerangkan matlamat keujudan Pertubuhan IKRAM dan peranannya dalan kebangkitan Islam masa kini .Beliau kemudiannya menyampaikan bantuan dan sumbangan berupa barangan makanan kering sumbangan Islamic Relief Malaysia dan wang zakat dari tabung IKRAM Pasir Mas kepada 50 keluarga miskin. Disamping itu pihak IKRAM turut menghulurkan sumbangan derma sebanyak RM500 kepada masjid. Sepanjang majlis itu beberapa siri tazkirah telah juga didakan yang berakhir dengan solat terawih diimani oleh Ustaz Saufi.