Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: MENGENALI IKRAM APA ITU IKRAM

APA ITU IKRAM

5161-B, Kg Sireh, Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan

+609-7461702, www.kelantan.ikram.org.my, FB Ikram Kelantan, Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adala h sebuah pe rtubuhan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad. IKRAM telah didaftarkan pada 22hb Oktober 2009 dan dilancarkan pada 20 jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. IKRAM lahir hasil gabungan ahli daripada lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang baru ditubuhkan Februari 2010 menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.


MATLAMAT

Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat.

Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia.

Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam.

Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka.

Menegakkan syariat Islam secara praktikal.

Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam.

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

 

AKTIVITI IKRAM KELANTAN

Dakwah

Menyampaikan dan menyebarkan risalah Islam kepada segenap lapisan masyarakat menggunakan pelbagai media dan metodologi.

Memberi nasihat dan mengutarakan pandangan Islam sebagai dasar dalam semua urusan kemasyarakatan.

Membangunkan institusi pendidikan, kesihatan, kebajikan, sains dan teknologi dan ekonomi.

 

Tarbiah

Membina ahli IKRAM dan menghidupkan hakikat beriltizam kepada Islam secara teori dan amali, pada peringkat diri, keluarga dan masyarakat.

Menekankan pendidikan ahli keluarga dengan tarbiah yang menyeluruh.

Membina ukhuwah yang benar dan sikap bekerjasama di antara satu dengan yang lain, sehingga dengannya diharap akan terterap fikrah kesatuan Islam.

Membentuk generasi yang memahami dan mengamalkan Islam.

 

Kebajikan

Melaksanakan pengislahan individu dan keluarga, dan berusaha membenteras penyakit sosial.

Mewujudkan platfom bagi membimbing para remaja dan belia dengan perkara yang berfaedah.

Daerah-Daerah IKRAM KELANTAN adalah:

1. Kota Bharu
2. Bachok
3. Tumpat

4. Pasir Mas
5. Tanah Merah

Wanita IKRAM bergerak sebagai sayap di negeri dan 3 daerah iaitu Kota Bharu, Bachok dan Tumpat

Untuk mencapai matlamat IKRAM, beberapa jawatankuasa telah dibentuk di bawah IKRAM KELANTAN.

Jawatankuasa di bawah IKRAM KELANTAN adalah:

Tarbiah

Da’wah

Khidmat Masyarakat & Masyarakat Madani

Penerangan dan Media

Pembangunan Ekonomi & Perancangan Srategi

Pendidikan

Wanita

Pemuda

Pembangunan Keluarga dan Masyarakat

Kepedulian Ummah

Baitul Muslim dan Kebajikan Ahli

Kajian Dasar

Pembangunan Mahasiswa