Wednesday, Aug 23rd

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah KOTA BHARU PROGRAM KORBAN KASIH UMMAH IKRAM KB MERAPATKAN UKHUWWAH DENGAN MASYARAKAT

PROGRAM KORBAN KASIH UMMAH IKRAM KB MERAPATKAN UKHUWWAH DENGAN MASYARAKAT

 

Pada pagi 11 Zulhijjah 1432H bersamaan 7 Mei 2011, alhamdulillah dengan izin Allah swt, telah berlangsung program penyembelihan seekor lembu qurban anjuran bersama IKRAM Kota Bharu dan Jawatankuasa Masjid Tapang. Program ini telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Tapang, Kota Bharu yang merupakan masjid pengkalan dakwah IKRAM Kota Bharu. Majlis Korban ini telah berjaya merapatkan ukhuwwah dan meningkatkan keperihatan IKRAM terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Penduduk di sekitar kampong Tapang amat bergembira kerana berpeluang untuk bersama ahli-ahli IKRAM bersama menguruskan lembu yang dikorbankan pada Hari Raya Eidul Adha ke dua. Salah seorang penduduk yang ditemui mengatakan bahawa masjid ini tidak pernah menganjurkan ibadah korban sebelum ini. Beliau amat berbesar hati kerana Pertubuhan IKRAM telah memulakan usaha ini dan berharap agar ianya akan dilaksanakan setiap tahun.

Setelah semua daging dilapah, ia dibahagikan kepada masyarakat sekitar. Daging-daging qurban telah diagih-agihkan kepada kira-kira seramai 150 orang penerima yang terdiri daripada penduduk-penduduk disekitar Masjid Tapang.