Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah KOTA BHARU PROGRAM BERKHITAN BERAMAI-RAMAI

PROGRAM BERKHITAN BERAMAI-RAMAI

BERKHITAN AMALAN PARA NABI-NABI


 

KOTA BHARU,  – Seramai 23  remaja lelaki bersama ibubapa masing-masing telah memenuhi  Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan bagi menyertai program berkhitan beramai-ramai mulai jam 8.00 pagi pada 3 Disember 2011. Program ini  merupakan anjuran bersama  Pertubuhan IKRAM  Daerah Kota Bharu dan  Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

 


Sebelum Program ini dimulakan, para ibubapa dan anak-anak telah bersama-sama menunaikan  solat dhuha  yang diketuai oleh YDP IKRAM Kota Bharu, Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim.   Selesai solat dhuha,  para peserta dan ibubapa masing-masing disajikan dengan santapan rohani oleh Ustaz Abdul Rashid Latif, Mudir SRI Aman, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan.  Antara lain, tazkirah beliau menyentuh  perihal amalan berkhitan sebagai amalan para Nabi-Nabi


Tuan Haji Muhammad bin Baharuddin, Imam Masjid Mukim Tapang dalam ucapan aluan beliau telah  melahirkan rasa kegembiraan lantaran berlangsungnya program ini yang  julung kalinya diadakan di Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 7 orang pegawai perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)  dan  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  yang diketuai oleh Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Mohd Sidik  telah berganding bahu melaksanakan khitan keatas  23 orang remaja Mukim Tapang dan sekitarnya.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YDP Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif.