Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: WANITA PERUTUSAN PERUTUSAN YANG DIPERTUA IKRAM NEGERI KELANTAN

PERUTUSAN YANG DIPERTUA IKRAM NEGERI KELANTAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمدلله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين ، وعلى آله وصحبه أجمعين ، وبعد ،

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya tertentu buat Allah yang Maha Agung. Selawat dan Salam yang sebanyak-banyaknya buat junjungan Baginda Nabi Terulung dan Terakhir Pembawa Risalah Allah SWT.

Salam pertemuan buat ikhwah, akhawat dan seluruh pelayar yang melawati website IKRAM Negeri Kelantan. Dengan penuh syukur, tawadhuk dan gembira kerana dengan izinNya jua, website IKRAM Negeri Kelantan dapat dijana dan berada di persada antarabangsa serta dapat berkongsi maklumat dan ilmu bersama seluruh umat seantario dunia. Tanpa kekuatan, hemah dan taabbud kepadaNya, nescaya website ini belum boleh  berada dan menemui para pembaca seluruhnya.

IKRAM dengan seluruh warganya, khususnya IKRAM Negeri Kelantan tetap akan berada di tengah-tengah masyarakat dengan memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada demi untuk menyampaikan risalah Allah yang mulia ini. Lantaran itu IKRAM Negeri Kelantan dengan sedaya upayanya berusaha ke arah tersebut untuk merealisasikan KEWAJIPAN DAKWAH yang tertanggung ke atas bahu orang-orang beriman.

Alam Siber adalah media pilihan dewasa ini. Berbagai berita dan warna kehidupan dapat diceduk dan dibentuk melalui media ini. Anak-anak muda amat menggemari media ini. Sudahlah ianya berada di hujung jari, malahan ia juga membekalkan bermacam-macam berita, baik dan buruk.  Alangkah eloknya penggerak=-penggerak dakwah menggunakan media ini untuk menyampaikan RISALAH ISLAM kepada mereka. Kita bekalkan kepada mereka FIKRAH-FIKRAH ISLAM, AKHLAK-AKHLAK ISLAM DAN SEBAGAINYA demi untuki menegakkan DEEN ALLAH  di muka bumi ini.

Kepada penggerak-penggerak IKRAM KB khususnya rebutlah peluang ini, gunalah media ini untuk sampaikan ISLAM kepada masyarakat.  Ubatilah masyarakat dengan bahan-bahan yang sesuai dengan penyakit-penyakit ruhi yang sedang mereka hadapi sekarang.

Dengan harapan website ini akan terus menjadi buruan para pembaca dan pencinta ISLAM untuk memenuhi keperluan aqli, imani dan ruhi mereka. Insya Allah pada suatu hari nanti masyarakat akan faham ISLAM dan yakin dengan ISLAM dan insya Allah mereka akan beri tempat  yang sesuai dengan ISLAM.

Sekian, terima kasih.

Us.Dr.Mohd Sharani bin Mohd Naim