Thursday, Dec 14th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: WANITA AKTIVITI SAMARA PROGRAM KEKELUARGAAN YANG HARUS DISERTAI

SAMARA PROGRAM KEKELUARGAAN YANG HARUS DISERTAI


1.0 PENGENALAN

Kadar perceraian di Malaysia amat membimbangkan. JAKIM melaporkan bahawa setiap 15 minit akan berlaku satu kes perceraian di Malaysia (Berita Harian, 3/3/2011). Fenomena yang membimbang ini berlaku di kalangan mereka yang kurang pengetahuan agama. Namun jika tidak dibendung, ia akan merebak juga kepada segenap lapisan masyarakat termasuk keluarga aktivis dakwah juga.

Rumahtangga yang harmoni merupakan satu rahmat dari Allah s. w.t. Allah berfirman yang mafhumnya ‘Dan di antara tanda-tanda (kebesaran-)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.’( Ar Rum: 21).

Rumah tangga yang dipenuhi sakinah mawaddah wa rahmah sudah pasti akan melonjakkan aktivisma dai’. Sebaliknya rumahtangga yang kucar- kacir, tidak terurus, tanpa belas kasihan dan kasih sayang boleh menyumbang kepada kelesuan dakwah. Sewajarnyalah kita sama-sama merenung punca kepada keretakan rumahtangga ini dan mengambil iktibar dari kesilapan mereka yang terdahulu.

Membina institusi kekeluargaan adalah marhalah kedua dalam maratib amal dan tidak boleh dipandang ringan. Program SAMARA ini diharap dapat mengingatkan kita kembali kepada kemahiran asas yang perlu ada pada setiap duat untuk membangunkan cinta dalam keluarga masing-masing. InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan SAMARA ini secara bersiri supaya dapat mendalami permasalahan dan penyelesaian setiap fasa perkahwinan secara khusus.

2.0 OBJEKTIF

  1. Menghayati Rasulullah s.a.w sebagai qudwah dalam kehidupan kekeluargaan
  2. Meningkatkan kemahiran komunikasi keluarga
  3. Mempelajari teknik komunikasi berkesan
  4. Membudayakan hidup mencari hikmah di sepanjang masa

3.0 TEMA Rasulullah Qudwah SAMARA