Wednesday, Aug 23rd

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah KOTA BHARU MESYUARAT AGONG DAERAH PERTUBUHAN IKRAM KOTA BHARU DIJALANKAN DALAM SUASANA PENUH MAHABBAH

MESYUARAT AGONG DAERAH PERTUBUHAN IKRAM KOTA BHARU DIJALANKAN DALAM SUASANA PENUH MAHABBAH

21 April 2012 (Jumaat) - Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana Mesyuarat Agong Daerah Kota Bharu Kali Kedua telah selamat dijalankan di Dewan Tertutup Sekolah Rendah Islam Aman pagi tadi. Mesyuarat telah dijalankan dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwwah lillah. Seramai 39 orang ahli dan beberapa orang pemerhati telah hadir dan memberkati majlis tersebut. Prof Dr Din Suhaimi telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap untuk mengendalikan Majlis. Jawatankuasa SPRI Pemilihan dikendalikan oleh Akh Shakri dan Akh Ismail Che Mat. Semoga Allah merahmati keputusan syura yang dijalankan bersama. Amin

Majlis dimulai dengan membaca ayat suci Al-quran- Surah Dhuha oleh Ustaz Mohd Samsuddin. Setelah itu Prof Dr Din Suhaimi telah mengajak para hadirin untuk menelaah segala pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Kemudian pengiraan korum dijalankan dan Pengerusi SPRI mengingatkan para ahli supaya membuat pemilihan dengan mengisi borang yang telah disediakan.

Ucapan aluan dari Ustaz Dr Mohd Sha'arani bin Mohd Naim, YDP IKRAM Kota Bharu, telah menyentuh berkenaan tanggungjawab pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepintaran seorang pemimpin dan ketaatan orang yang dipimpin adalah faktor utama kejayaan sesebuah Jamaah. Ahli IKRAM haruslah sentiasa terkedepan bagi manghadapi cabaran-cabaran ummat masa kini.

 

TYDP IKRAM Kelantan, Tuan Haji Che Rahimi bin Samat telah merasmikan mesyuarat serta memberi peringatan tentang kepentingan dakwah dan persediaan yang penting berkaitan dengannya seperti yang disebut di dalam Surah Al-Mudatsir. Di antara amanat yang disampaikan kepada para ahli adalah mereka harus bersemangat untuk menggerakkan dakwah, mementingkan kebersihan dan rupa diri, jangan menghitung jasa-jasa sendiri dan bersabar dalam melaksanakan tugas dakwah ini.

 

Sesi pembentangan dimulakan oleh Setiausaha IKRAM Daerah,  Tuan Haji Mohd Azlan bin Ash’ari yang telah melaporkan aktiviti sepanjang sesi 2011-2012 mengikut KRA pencapaian yang telah ditetapkan oleh IKRAM. Setelah itu Penyata kewangan 2011 dilaporkan oleh bendahari, Tuan Haji Asbullah Abdul Rahman.

 

Antara perbincangan dan cadangan yang telah dikemukan oleh ahli-ahli yang hadir adalah adalah mengenai sumbangan idea kepada pihak media, peningkatan pelaporan aktivisma IKRAM IPT serta memperkemaskan pemantauan tarbiyyah peringkat daerah.

Setelah AJK Daerah sesi 2011-2012 meletak jawatan dengan rasminya, pemilihan baru bagi sesi 2012-14  telah dijalankan. Senarainya adalah seperti berikut;

 

Perlantikan AJK Daerah sesi 2012-2014

 

YDP: Dr Adam bin Sapran

Timb. YDP : Hj Zulkefle Ab Rahman

Setiausaha : Hj Mohd Azlan bin Ash’ari

Pen. Setiausaha : Ustaz Muharman bin Bachtiar

Bendahari: Hj Asbullah bin Abdul Rahman

AJK:

1) Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain

2) Khairudin bin Mustafa

3) Mohd Samsudin bin Yusuf

4) Zainara binti Abd Hamid

5) Rohaya binti Zakaria

 

Pengerusi tetap: Dinsuhaimi bin Sidek

Timb. Peng. Tetap: Hj Mat Daud bin Deraman

Pemeriksa Kira-kira: Mohd Abdullah bin Hamat

Wan Aishah Wan Ibrahim

 

Pemilihan wakil daerah ke MPN

1) Hj Mohd Azlan Ash’ari

2) Hj Asbullah bin Abdul Rahman

3) Hj Zulkefle Ab Rahman

4) Aminuddin bin Mahmud

5) Azrulnizam bin Zul

6) Rohaya binti Zakaria

7) Khairudin bin Mustafa

8.)Mohd Samsudin bin Yusuf

9) Mohd Abdullah bin Hamat

10) Mohd Hariff bin Hassan

11) Noor Shirlyna Irma binti Ngah

12) Zatinurnadiah binti Abd Hakim

 

Ucapan penggulungan oleh YDP IKRAM Kota Bharu sesi 2012-2014 menyentuh tentang kepentingan amal jamaie dan bersatu hati dalam menggerakkan dakwah seperti yang disebut dalam surah As-Saff, untuk mendapat ganjaran yang telah dijanjikan. Penegasan juga dibuat kepada penglibatan serius para ahli dalam aktiviti Jamaah seperti Multaqa Ilmi, Daurah, Qiam dan yang terdekat adalah Program OPTIM (Operasi Khidmat Masyarakat IKRAM Teens) bersama masyarakat Mukim Tapang.

 

Semoga Allah swt mengganjari serta merahmati keputusan syura yang telah dijalankan bersama, Amin Ya Rab