Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: WANITA AKTIVITI MESYUARAT PENUBUHAN SAYAP WANITA IKRAM DAERAH KOTA BHARU, SEJARAH DI CIPTA

MESYUARAT PENUBUHAN SAYAP WANITA IKRAM DAERAH KOTA BHARU, SEJARAH DI CIPTA

6 April 2012 (Jumaat) - Mesyuarat Penubuhan Sayap Wanita IKRAM Daerah Kota Bharu telah diadakan pada 9.00 pagi di SRI AMAN, Telipot, Kota Bharu. Buat pertama kali diadakan, seramai 16 orang ahli dan seorang pemerhati telah hadir di majlis yang mencipta sejarah itu. Majlis dimulakan dengan amanat penting yang disampaikan oleh Ketua Wanita Negeri, Dr Norhani bt Rani.

Beliaui    Selaku Ketua Wanita Negeri mengucapkan tahniah di atas penubuhan sayap wanita IKRAM Daerah Kota Bharu. dan terus memberikan peringatan dari Surah Al-Anfaal 8- ayat 24 : seruan bagi orang beriman untuk menyambut seruan Allah dan RasulNya kepada perkara yang memberikan kehidupan sempurna ( dan umur yang panjang hasil dari amal yang telah dilakukan untuk menegakkan kalimah Allah) dengan melihat contoh para sahabat dan pejuang-pejuang mutakhir. Beliau juga mengingatkan tanggungjawab akhawat sebagai gandingan kepada ikhwah dalam membina keluarga muslimah yang akan menjana aktivisma dakwah bagi mencapai perancangan IKRAM yang kini dalam fasa memimpin ummah dan masyarakat. Sebelum itu para hadirin telah bersama-sama menghayati surah AlFurqan yang dibaca oleh Ustazah Normah bt Kassim. Mesyuarat kali ini dikendalikan oleh pengerusi SPRI akhawat iaitu Dr Rohani bt Ismail dan dibantu oleh Dr Shirlyna Irma Ngah dan Dr Anisa bt Ahmad. Pn Zainara bt Abdul Hamid dilantik sebagai Pencatat Minit.


Pemilihan adalah seperti berikut;

1. Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

Pengerusi Tetap: Puan Hesseline Surialis bt Ramli

Timbalan Pengerusi Tetap: Cik Zatinurnadiah bt Abdul Hakim

2. Pemilihan Jawatankuasa Wanita Daerah Sesi 2012-2014

1. Ketua Wanita: Dr Habsah bt Hassan

2. Timbalan Ketua Wanita : Dr Dasmawati bt Mohamad

3. Setiausaha: Puan Zainara bt Abdul Hamid

4. Bendahari: Puan Wan Aisyah bt Wan Ibrahim

5. Ahli Jawatankuasa Biasa (3 orang):

5.1 Dr Mukarramah bt Che Ayub

5.2 Dr Anisa bt Ahmad

5.3 Dr Noor Shirlyna bt Ngah

 

3. Wakil ke MPWN

 

 

1. Semua AJK Wanita Daerah 2012 – 2014 (8 orang)

2. Ustazah Normah bt Kassim

3. Puan Rosnani bt Abdullah

 

Ucapan Penutup Ketua Wanita Daerah Sesi 2012-2014

Semasa Ucapan penutup, Dr Habsah bt Hassan selaku Ketua Wanita Daerah Kota Bharu merasa terharu dengan kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh akhawat-akhawat dan berharap mendapat kerjasama dari semua AJK dan ahli bagi meningkatkan usaha dakwah, tarbiyah dan kebajikan kepada masyarakat.

Semoga Allah memberikan kerahmatan di atas keputusan yang dibuat dalam syura kali ini. Amin

GALERI GAMBAR SILA 'LIKE' - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.298008696935710.64429.128332883903293&type=3