Thursday, Dec 14th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: WANITA AKTIVITI QIAM DAN REHLAH AKHAWAT IPT KELANTAN

QIAM DAN REHLAH AKHAWAT IPT KELANTAN

Pusat Islam USMKK 22 & 23 Jun 2012-Akhawat IKRAM Kelantan telah julung-julung kali mengadakan Qiam & Rehlah 2012 bermula dari Pusat Islam USM Kubang Kerian ke Pantai Sri Tujuh yang bertemakan Qowiyyuljismi. Rehlah ini disertai seramai 30 orang pelajar IPT.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah”[HR. Muslim]. Selain Nilai Qowiyyuljismi (Kekuatan jasmani), apa yang ingin diterapkan dalam Rehlah ini juga adalah Harishun ‘ala waqtihi (Pandai menjaga waktu) selain  memupuk amalan berziarah sesama muslim melalui ‘task’ yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan dengan mencari rumah-rumah pimpinan Akhawat Kelantan. Di antara rumah-rumah yang terlibat adalah rumah Dr Dasmawati, Puan Zainara Abdul Hamid, Dr Habsah Hassan , Dr Norhani Abdul Rani, Puan Mariah dan Ustazah  Fatimoh.

Pendaftaran peserta bermula dari Jumaat 22 Jun jam 8.30 malam. Pada malam itu program diisi dengan sesi ta’aruf, penyampaian tazkirah oleh Ustazah Nazila Salleh. Kemudian para peserta khusyuk mentadabbur surah Al-Kahfi sebelum mereka berqiammullail pada pagi keesokan harinya.

Seusai Solat Subuh, program dipenuhi dengan Kuliah Subuh oleh Dr. Zaharah Sulaiman. Selepas sesi taklimat oleh Dr. Dasmawati Mohamad, pelepasan peserta dirasmikan oleh Dr.Habsah Hassan (Ketua Wanita IKRAM Daerah Kota Bharu). Setiap kumpulan harus malalui 5 checkpoint. Misi setiap kumpulan berakhir apabila berjaya sampai ke Checkpoint terakhir iaitu di Pantai Sri Tujuh. Di sini meraka akan membentangkan tugasan yang diamanahkan iaitu membentangkan biodata pimpinan-pimpinan akhwat juga menceritakan pengalaman unik sepanjang perjalanan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dihadiri oleh pimpinan Akhawat IKRAM Kelantan dan Kota Bharu iaitu Dr Norhani Abdul Rani, Dr Habsah Hassan, Dr Dasmawati Mohamad, dan Pn Zainara Abd Hamid. Ucapan penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr Norhani Abdul Rani, Ketua Wanita IKRAM Negeri Kelantan. Majlis disudahi dengan bacaan Doa Rabitah oleh Ukhti Wan Yusra Hananah.

Dengan berakhirnya rehlah kali ini, diharap ukhuwwah yang terbina memudahkan lagi usaha-usaha pengembelingan tenaga akhawat bagi melaksanakan dakwah dan tarbiyah sebagai misi membawa masyarakat kearah ubudiyah dan pengabdian kepada Allah swt di dalam segenap aktiviti kehidupan.~