Wednesday, Aug 23rd

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: AKTIVITI KELANTAN NEGERI KURSUS KEPIMPINAN IKRAM NEGERI KELANTAN MEMANTAPKAN PENYUSUNAN TARBIYAH DAN DAKWAH DI KELANTAN

KURSUS KEPIMPINAN IKRAM NEGERI KELANTAN MEMANTAPKAN PENYUSUNAN TARBIYAH DAN DAKWAH DI KELANTAN

E-mail Cetak PDF

6 – 7 Julai 2012, Kota Bharu - Pantai Cahaya Bulan telah didatangi oleh Tuan Haji Mohamad Yaakub bin Idris, Penolong Setiausaha Agung IKRAM Pusat bagi melonjakkkan penyusunan gerak kerja tarbiyah dan dakwah di Negeri Kelantan. Kursus Kepimpinan IKRAM buat julung kalinya diadakan di Kelantan bagi tahun 2012 di Perdana Resort, Kota Bharu dan dihadiri oleh barisan ahli jawatankuasa IKRAM dari pelbagai peringkat negeri dan daerah. Di samping itu kursus ini juga dapat mempertautkan hati-hati serta meningkatkan ukhuwwah sesama barisan penggerak.

 

Majlis dimulai dengan bacaan  Al-Quran dari Surah Ali-Imran oleh Ustaz Hilmi Othman, AJK IKRAM Daerah Tanah Merah dan diikuti dengan taklimat ringkas tentang perjalanan kursus oleh Hj Wan Zulkifli bin. Wan Abdullah, Setiausaha IKRAM Negeri Kelantan.  Amanat dari Timbalan YDP IRAM Negeri Kelantan, Tuan Haji Che Rahimi bin Samad mengingatkan para AJK supaya meningkatkan kualiti amal dan melakukan kerja dengan lebih efisien. Beliau merasmikan kursus yang diadakan selama dua hari itu.

Sesi pembentangan yang amat berkesan oleh Tuan Haji Mohamad Yaakub bin Idris, tetamu jemputan khas pada hari itu telah dapat memperjelaskan serta mengenalpasti peranan dan fungsi setiap pimpinan di pelbagai peringkat berdasarkan perancangan yang telah digariskan. Peserta kemudian merumuskan budaya kerja yang sepatutnya dihayati bagi setiap ahli IKRAM negeri Kelantan melalui bengkel dan pembentangan berkumpulan.

Salah seorang pimpinan akhawat yang hadir pada hari itu merasakan bahawa kursus ini amat bermakna sekali buatnya dan akhawat lain kerana ia memberikan pendedahan yang berkesan bagaimana akhawat seharusnya berfungsi dalam saf kepimpinan IKRAM. Ini adalah kerana sayap wanita IKRAM daerah baru sahaja dilancarkan pada tahun ini.

Ucapan penutup oleh YDP Negeri Kelantan, Ustaz Dr Dr Sharani bin Mohd Naim amat menyentuh hati-hati para hadirin pada hari itu. Beliau menegaskan bahawa pihak negeri sentiasa mengambil langkah untuk mempertingkatkan kualiti kerja para AJK, kini kita akan sama-sama bergerak dengan menukar paradigma dan bergerak kearah yang lebih baik. Apa yang kita boleh sumbang mengikut KRA masing-masing. Beliau berharap para AJK yang hadir akan  menyampaikan maklumat ini kepada yang tidak hadir. Beliau juga mengajak para ahli supaya meningkatkan tadhhiah atau ta’abud terhadap Allah dan jamaah ini bagi melihat hasil yang berkesan kepada jamaah dan masyarakat.