Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: IKRAM Daerah PASIR MAS IKRAM MANABUR BAKTI KEPADA MASYARAKAT DI MASJID GUAL PERIOK, RANTAU PANJANG

IKRAM MANABUR BAKTI KEPADA MASYARAKAT DI MASJID GUAL PERIOK, RANTAU PANJANG

Rantau Panjang, Jumaat, 20 Julai - Kampong Gual Periok terletak di kawasan pendalaman dalam daerah Rantau Panjang. Kedudukannya bersempadan dengan Thailand dan kira-kira 40 km dari Kota Bharu. Kampong ini menikmati kemudahan awam seperti bekalan air,elektrik telekomunikasi, pusat kesihatan, jalan raya dan pusat pendidikan rendah dan menengah. Sebahagian besar penduduk disini menyara keluarga mereka dengan bertani dan menoreh getah.


Bertempat di Masjid Mukim, Pertubuhan IKRAM Pasir Mas telah berjaya mengadakan bakti masyarakat kepada penduduk sekitar. Berbagai akitiviti telah dijalankan oleh ahli-ahli IKRAM termasuk penerangan berkenaan Pertubuhan IKRAM oleh YDP Daerah Pasir Mas, Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif, tazkirah oleh Ustaz Dr Mohd Zin dan pemeriksaan kesihatan oleh sekumpulan doktor IKRAM diketuai oleh Prof Dr DinSuhaimi selaku Pengerusi Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri Kelantan dan isteri beliau, Dr Norhani yang juga Ketua Wanita IKRAM Negeri. Disamping itu IKRAM juga menyampaikan pek makanan sumbangan Islamic Relief Malaysia (IRM) dan wang zakat dari IKRAM Pasir Mas kepada 80 keluarga misikin yang terpilih. Sebanyak RM8,000 wang zakat telah dikeluarkan untuk tujuan itu.


Dalam ucapan menyambut rombongan dari IKRAM, Imam masjid berkenaan mengucapkan ribuan terima kaseh kerana selama ini mereka tidak tahu bahawa adanya pertubuhan yang prihatin seperti IKRAM membantu masyarakat seperti mereka. Majlis berakhir pada jam 6.30 petang dengan jamaun laksa oleh pihak masjid.