Wednesday, Aug 23rd

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: AKTIVITI KELANTAN KOTA BHARU

KOTA BHARU

BAZAR BUNDLE iBantu IKRAM Kota Bharu

4-5/1/2015 - Alhamdulillah IKRAM Kota Bharu telah mengadakan Bazar Bundle bagi mengagihkan pakaian kepada penduduk di sekitar Kg Paloh. Masyarakat diberikan kupon percuma dan mereka boleh datang ke khemah yang disediakan untuk mengambil pakaian secara percuma sebanyak keperluan mereka. Menurut penduduk disitu, mereka terpaksa meninggalkan rumah dengan segera kerana arus deras yang memenuhi kawasan rumah mereka dan ada yang hanya sempat menyelamatkan keluarga sehelai sepinggan. Dengan mengadakan bazar sebegini pakaian yang diberikan tidak terbiar selepas dipilih.

Penduduk yang terlibat dengan banjir memilih pakaian percuma

Pada hari pelancarannya, Rombongan Ketua Wanita IKRAM Pusat, Datin Paduka Hajjah Che Asmah, Ketua Wanita Negeri Kelantan dan Ketua Wanita Kota Bharu telah melawat dan turut serta menjaga booth yang disediakan. YDP IKRAM Negeri Kelantan juga turut serta membuat tinjauan ke khemah Bazar Bundle ketika ramai penduduk Kg Paloh menyerbu khemah apabila ia dibuka. Alhamdulillah semoga Allah swt meringankan beban mereka


IKRAM KOTA BHARU ANJUR DUA FORUM MAAL HIJRAH AJAK MASYARAKAT HAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW

Kota Bharu 24 November dan 8 Disember 2012 - Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Daerah Kota Bharu telah menganjurkan dua Program Forum Maal Hijrah dengan Tema Hijrah Satu Perubahan. Forum ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat menghayati hijrah Rasulullah saw dan melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. Para hadirin telah didedahkan dengan pengertian sebenar Hijrah dalam rangka melakukan perubahan yang menyeluruh mengikut maratib amal sehinggalah tercapai konsep Islam sebagai Ustaziatul Alam. Ahli panel telah mengajak para ahli jamaah untuk hijrah dalam diri dan keluarga masing-masing sehinggalah semua anggota akan bukan sahaja menjadi insan yang beriman tetapi juga menjadi orang yang menggerakkan Islam dalam masyarakat.

Program yang pertama diadakan di Masjid Tapang pada 24 November 2012. Ahli Panel adalah terdiri dari Dr.Mohd Zin bin Mahmood, bekas pensyarah Universiti Brunei dan sekarang adalah pensyarah KIAS dan Ustaz Haji Saufi bin Abdullah. Para hadirin yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat setempat amat gembira dan berharap pihak IKRAM akan terus menganjurkan program seumpamanya kerana masjid mereka adalah masjid pengkalan dakwah IKRAM Kota Bharu

Forum siri yang ke dua diadakan di Masjid At-Taqwa, Jalan Hospital, Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan. Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Hj. Saufi bin Abdullah, AJK IKRAM Negeri Kelantan dan Ustaz Mohd Nuri bin Mustafa, TYDP IKRAM Bachok, dan dikendalikan oleh saudara Moderator, Hj Khairudin Mustafa, AJK IKRAM Kota Bharu. Kehadiran terdiri daripada qariah Masjid At-Taqwa, Paya Bemban. Turut hadir bersama adalah YDP IKRAM Negeri Kelantan, AJK IKRAM Daerah Kota Bharu dan rombongan IKRAMteens Perlis. Program bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan tamat sekitar jam 10.00 mlm. Semasa forum berlangsung, Tabung "Save Gaza" telah diedarkan kepada hadirin.

MESYUARAT AGONG DAERAH PERTUBUHAN IKRAM KOTA BHARU DIJALANKAN DALAM SUASANA PENUH MAHABBAH

21 April 2012 (Jumaat) - Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana Mesyuarat Agong Daerah Kota Bharu Kali Kedua telah selamat dijalankan di Dewan Tertutup Sekolah Rendah Islam Aman pagi tadi. Mesyuarat telah dijalankan dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwwah lillah. Seramai 39 orang ahli dan beberapa orang pemerhati telah hadir dan memberkati majlis tersebut. Prof Dr Din Suhaimi telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap untuk mengendalikan Majlis. Jawatankuasa SPRI Pemilihan dikendalikan oleh Akh Shakri dan Akh Ismail Che Mat. Semoga Allah merahmati keputusan syura yang dijalankan bersama. Amin

Majlis dimulai dengan membaca ayat suci Al-quran- Surah Dhuha oleh Ustaz Mohd Samsuddin. Setelah itu Prof Dr Din Suhaimi telah mengajak para hadirin untuk menelaah segala pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Kemudian pengiraan korum dijalankan dan Pengerusi SPRI mengingatkan para ahli supaya membuat pemilihan dengan mengisi borang yang telah disediakan.

Ucapan aluan dari Ustaz Dr Mohd Sha'arani bin Mohd Naim, YDP IKRAM Kota Bharu, telah menyentuh berkenaan tanggungjawab pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepintaran seorang pemimpin dan ketaatan orang yang dipimpin adalah faktor utama kejayaan sesebuah Jamaah. Ahli IKRAM haruslah sentiasa terkedepan bagi manghadapi cabaran-cabaran ummat masa kini.

 

TYDP IKRAM Kelantan, Tuan Haji Che Rahimi bin Samat telah merasmikan mesyuarat serta memberi peringatan tentang kepentingan dakwah dan persediaan yang penting berkaitan dengannya seperti yang disebut di dalam Surah Al-Mudatsir. Di antara amanat yang disampaikan kepada para ahli adalah mereka harus bersemangat untuk menggerakkan dakwah, mementingkan kebersihan dan rupa diri, jangan menghitung jasa-jasa sendiri dan bersabar dalam melaksanakan tugas dakwah ini.

 

Sesi pembentangan dimulakan oleh Setiausaha IKRAM Daerah,  Tuan Haji Mohd Azlan bin Ash’ari yang telah melaporkan aktiviti sepanjang sesi 2011-2012 mengikut KRA pencapaian yang telah ditetapkan oleh IKRAM. Setelah itu Penyata kewangan 2011 dilaporkan oleh bendahari, Tuan Haji Asbullah Abdul Rahman.

 

Antara perbincangan dan cadangan yang telah dikemukan oleh ahli-ahli yang hadir adalah adalah mengenai sumbangan idea kepada pihak media, peningkatan pelaporan aktivisma IKRAM IPT serta memperkemaskan pemantauan tarbiyyah peringkat daerah.

Setelah AJK Daerah sesi 2011-2012 meletak jawatan dengan rasminya, pemilihan baru bagi sesi 2012-14  telah dijalankan. Senarainya adalah seperti berikut;

 

Perlantikan AJK Daerah sesi 2012-2014

 

YDP: Dr Adam bin Sapran

Timb. YDP : Hj Zulkefle Ab Rahman

Setiausaha : Hj Mohd Azlan bin Ash’ari

Pen. Setiausaha : Ustaz Muharman bin Bachtiar

Bendahari: Hj Asbullah bin Abdul Rahman

AJK:

1) Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain

2) Khairudin bin Mustafa

3) Mohd Samsudin bin Yusuf

4) Zainara binti Abd Hamid

5) Rohaya binti Zakaria

 

Pengerusi tetap: Dinsuhaimi bin Sidek

Timb. Peng. Tetap: Hj Mat Daud bin Deraman

Pemeriksa Kira-kira: Mohd Abdullah bin Hamat

Wan Aishah Wan Ibrahim

 

Pemilihan wakil daerah ke MPN

1) Hj Mohd Azlan Ash’ari

2) Hj Asbullah bin Abdul Rahman

3) Hj Zulkefle Ab Rahman

4) Aminuddin bin Mahmud

5) Azrulnizam bin Zul

6) Rohaya binti Zakaria

7) Khairudin bin Mustafa

8.)Mohd Samsudin bin Yusuf

9) Mohd Abdullah bin Hamat

10) Mohd Hariff bin Hassan

11) Noor Shirlyna Irma binti Ngah

12) Zatinurnadiah binti Abd Hakim

 

Ucapan penggulungan oleh YDP IKRAM Kota Bharu sesi 2012-2014 menyentuh tentang kepentingan amal jamaie dan bersatu hati dalam menggerakkan dakwah seperti yang disebut dalam surah As-Saff, untuk mendapat ganjaran yang telah dijanjikan. Penegasan juga dibuat kepada penglibatan serius para ahli dalam aktiviti Jamaah seperti Multaqa Ilmi, Daurah, Qiam dan yang terdekat adalah Program OPTIM (Operasi Khidmat Masyarakat IKRAM Teens) bersama masyarakat Mukim Tapang.

 

Semoga Allah swt mengganjari serta merahmati keputusan syura yang telah dijalankan bersama, Amin Ya Rab

 

KUNJUNGAN PERKIM/IKRAM KELUANG JOHOR DISAMBUT PENUH MAHABBAH OLEH IKRAM KB

E-mail Cetak PDF

Sabtu, 17 R.Akhir 1433/10 March 2012-  IKRAM Kota Bharu amat bertuah kerana telah menerima kunjungan ukhuwwah fillah dari warga PERKIM Daerah Keluang Johor yang disertai juga oleh IKRAM Daerah Keluang, Johor. Pertemuan yang penuh mahabbah ini berlangsung di Dewan SRI Aman, Jalan Telipot. Rombongan seramai lebih kurang 70 orang adalah terdiri daripada saudara-saudara baru beserta para pegawai PERKIM yang memberikan sepenuh sokongan dalam menjalani kehidupan serta membimbing mereka. Ini merupakan di antara aktiviti-aktiviti PERKIM Keluang, Johor yang cuba merapatkan hubungan dengan saudara-saudara baru. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat menguatkan lagi azam dan istiqamah mereka dalam menempuh mehnah dan cabaran apabila kembali kepada agama fitrah mereka. Kunjungan yang penuh mahabbah ini juga memberikan pengalaman yang berharga bukan saja kepada para pelawat yang berkunjung tetapi juga dapat memberikan satu inspirasi baru bagi AJK Kota Bharu untuk melakukan lonjakan dakwah kepada Non-Muslim.

Baca lagi...

PROGRAM BERKHITAN BERAMAI-RAMAI

BERKHITAN AMALAN PARA NABI-NABI


 

KOTA BHARU,  – Seramai 23  remaja lelaki bersama ibubapa masing-masing telah memenuhi  Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan bagi menyertai program berkhitan beramai-ramai mulai jam 8.00 pagi pada 3 Disember 2011. Program ini  merupakan anjuran bersama  Pertubuhan IKRAM  Daerah Kota Bharu dan  Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

 


Sebelum Program ini dimulakan, para ibubapa dan anak-anak telah bersama-sama menunaikan  solat dhuha  yang diketuai oleh YDP IKRAM Kota Bharu, Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim.   Selesai solat dhuha,  para peserta dan ibubapa masing-masing disajikan dengan santapan rohani oleh Ustaz Abdul Rashid Latif, Mudir SRI Aman, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan.  Antara lain, tazkirah beliau menyentuh  perihal amalan berkhitan sebagai amalan para Nabi-Nabi


Tuan Haji Muhammad bin Baharuddin, Imam Masjid Mukim Tapang dalam ucapan aluan beliau telah  melahirkan rasa kegembiraan lantaran berlangsungnya program ini yang  julung kalinya diadakan di Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 7 orang pegawai perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)  dan  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  yang diketuai oleh Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Mohd Sidik  telah berganding bahu melaksanakan khitan keatas  23 orang remaja Mukim Tapang dan sekitarnya.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YDP Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif.

 

Muka 1 dari 2