Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: AKTIVITI KELANTAN BACHOK

BACHOK

'SMART SOLAH' CERIA DAN MENYERLAH

Baca lagi...

Wanita IKRAM Bachok Bersama Masyarakat di Tok Bali

Pada 17 Ramadhan yang lalu Wanita Ikram Bachok telah menganjurkan program bersama masyarakat di perkampungan Projek LTKN Air Tawar ,Tok Bali, Pasir Puteh. Ceramah bertajuk" Ramadhan dan Al Quran" telah disampaikan oleh Ustazah Hasanah Ibrahim, Ketua Wanita Ikram Bachok.

Lebih dua puluh orang wanita terdiri dari kaum ibu dan belia telah hadir. Majlis bermulapada pukul 10 pagi dengan bacaan Al Quran oleh salah seorang hadirin dikenali sebagai Maksu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak mereka mendekatkan diri dengan AlQuran melalui membaca, memahami dan beramal dengannya. Di samping itu untuk menyuburkan lagi semangat "memburu Lailatul Qadar ". Hadirin juga diseru untuk melaksanakan puasa dengan sebenar-benarnya. Penyampaian yang menarik dan santai dari Ustazah Hasanah Ibrahim serta diajarkan doa-doa telah menarik minat hadirin untuk meneruskan program seperti ini di masa-masa akan datang.

 

Alhamdulillah antara hadirin yang datang bukan hanya di kalangan kaum ibu tetapi juga di kalangan belia.Di daerah ini sebenarnya belum ada lagi ahli IKRAM. Setakat ini telah ada satu kumpulan halaqah yang dijalankan setiap jumaat petang. Insya Allah, mudah- mudahan selepas ini akan dapat menjadi pusat aktiviti Ikram dan menarik lebih ramai ahli. Di sini peluang dan ruang untuk dakwah terbuka luas, hanya menunggu kita, ahli-ahli Ikram untuk terus berusaha.