Wednesday, Aug 23rd

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: MENGENALI IKRAM KENYATAAN MEDIA

KENYATAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM KELANTAN 29 Mei 2014

KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM KELANTAN

Hukum Penjenayah Rogol dengan Hukuman Berat yang setimpal

29 Mei 2014

1.. Berita dua remaja bawah umur yang dirogol beramai-ramai oleh lebih 30 orang lelaki di Ketereh Kelantan memeranjatkan semua pihak. Wanita Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan mengambil peduli dan berkongsi kesedihan yg dialami remaja terbabit dan keluarga mereka. Tidak terbayang trauma yg dihadapi remaja tersebut dan kesan jangka panjang yang bakal dialami mereka akibat dari perbuatan hina, terkutuk lagi kejam yang diperlakukan ke atasnya.

2. Wanita IKRAM juga melahirkan rasa bimbang kami terhadap kejadian jenayah rogol beramai- ramai yg semakin menjadi-jadi mutaakhir ini. Dalam kebanyakan kes ianya terjadi dalam keadaan mangsa bersama orang yg dikenali seperti teman lelaki dan kemudian dirogol beramai-ramai oleh rakan-rakan lelaki tersebut. Lelaki yg diharap menjadi pemimpin dan pelindung bagi wanita kini bertukar menjadi pemangsa yg ganas lagi kejam . Ke mana perginya rasa perikemanusiaan dan belas kasihan. Tidakkah terbayang kepada pemangsa andainya kejadian serupa diperlakukan orang lain kepada anak, isteri, ibu dan adik beradik perempuan mereka sendiri. 

3. Wanita IKRAM juga kesal kerana masih ramai anak gadis dan remaja puteri yg mengambil ringan soal maruah dan keselamatan diri dengan berani keluar bersama teman lelaki dan orang yg bukan mahram. Mereka juga amat mudah mempercayai orang lelaki sehingga diperdayakan malah diganasi sedemikian rupa .

Dengan itu Wanita IKRAM Kelantan menuntut agar

1. Penjenayah jenayah rogol ini segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan Hukuman berat yg setimpal mestilah dikenakan agar menjadi satu pengajaran kepada orang lain. 

2. Kami menyeru kepada anak-anak remaja agar sentiasa menjaga keselamatan diri. Sesungguhnya tiada tempat yg selamat untuk kita berjalan seorang diri. Jangan terlalu mudah mempercayai teman lelaki anda. Ambil beratlah nasihat ibubapa kita apabila mereka tidak mengizinkan kita keluar bersendirian.

3. Kepada ibubapa. ,teruslah menjalankan tanggungjawab kita mencegah anak-anak kita dari terkena penyakit gejala sosial. Berilah didikan agama yang sempurna dan binalah jatidiri anak yg kukuh dengan penuh kasihsayang. Namun , sekiranya anak kita sudah terjebak bantu dan rawatlah mereka agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sejahtera. 
Untuk bantuan dan bimbingan anda boleh menghubungi kami di talian Sahabat Raudatus Sakinah Kelantan 013 996 4077.

Mari kita sama-sama berusaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera

Dr Norhani Abd Rani
Ketua Wanita IKRAM Kelantan

KENYATAAN MEDIA IKRAM: HIMPUNAN 901

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

7 Januari 2012 bersamaan 12 Safar 1433

HIMPUNAN 901

IKRAM amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901. Dalam membuat pendirian ini, IKRAM dipandu oleh prinsip-prinsip syariat yang yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak.  IKRAM menghormati keluhuran Perlembagaan, mendokong prinsip-prinsip keadilan, memperjuangkan kesaksamaan dalam proses perbicaraan serta hak rakyat berhimpun mengikut peruntukan Perlembagaan.

IKRAM berpendapat bahawa kes perbicaraan DSAI adalah sebuah kes berprofil tinggi kerana melibatkan individu penting dalam percaturan politik tanahair. Maka, sebarang kemungkinan tentang wujudnya tekanan dan gangguan berunsur politik tidak dapat dinafikan dan apatah lagi ditambah dengan isu integriti terhadap badan kehakiman Malaysia yang sering dipersoalkan. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya rakyat mempunyai persepsi negatif dalam kes ini.

Lantaran itu, IKRAM menyeru pihak berkewajipan supaya memastikan agar :

· semua pihak yang terlibat dalam kes ini diberi hak untuk mendapat keadilan sepenuhnya dalam proses perbicaraan dan penghakiman;

· tahap pembuktian  beyond reasonable doubt “melampaui keraguan yang munasabah” mestilah dilaksanakan;

· konsep pengasingan kuasa antara badan kehakiman, badan legaslatif dan badan eksekutif wajib berlaku dengan jelas.

IKRAM juga menyeru para penganjur dan polis untuk berkerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semasa perhimpunan terjamin.

Ahli-ahli IKRAM bebas untuk melibatkan diri dalam perhimpunan berdasarkan penglibatan politik mereka.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad

Presiden

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)