Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: UNIT/INSTITUSI AQSA SYARIF KELANTAN

AQSA SYARIF KELANTAN

KUNJUNGAN IMAM MUDA GAZA KE PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN

E-mail Cetak PDF

Imam Muda mengenakan mufler palestin kepada TGNA

16 Ogos 2012, KOTA BHARU -  Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim, YDP IKRAM Negeri Kelantan dan Pengerusi Aqsa Syarif  Negeri Kelantan, Dr. Othman bin Mohd Zain  telah mengiringi  Imam Muda dari Gaza, Sheikh Muhammad  Yaaqub berkunjung ke Pejabat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dalam suasana penuh mahabbah. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah saudara Miswar bin Abdul Halim,  pelajar perubatan di salah sebuah Universiti di Jordan yang ditugaskan sebagai sukarelawan pengiring dan penterjemah kepada kedua-dua Imam Muda tersebut. Imam muda Sheikh Taha tidak dapat turut serta dalam pertemuan bersejarah ini kerana beliau perlu berehat setelah bersama-sama beri'tikaf di Masjid Telipot dan diberi penghormatan menjadi imam solat tahajud. Pada malam tersebut beliau turut melayani pelbagai pertanyaan para remaja yang ingin mengetahui tentang keadaan di Gaza.

Baca lagi...

AKTIVIS AQSA SHARIF KELANTAN MISI A2G7 SELAMAT PULANG KETANAH AIR

E-mail Cetak PDF

20 Jun 2012, Rabu - Aktivis Aqsa Sharif, Dr Othman Mohd Zin yang menyertai misi A2G7 ke Gaza, Palestin sejak 8hb Jun 2012 lalu telah selamat tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa malam tadi kira-kira jam 8 mlm. Beliau yang juga seorang pakar perubatan di sebuah hospital di sini telah disambut meriah oleh kaum keluarga dan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM  di lobi ketibaan. Turut berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan beliau ialah Ustaz Dr Mohd Sharani Mohd Naim, YDP IKRAM Negeri dan semua Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah. Dr Othman kemudiannya diiringi pulang kekediamannya di Kubang Kerian. Walaupun keletihan kerana mengharungi perjalanan yang jauh dan getir di bumi Palestin dan Mesir, namun beliau tetap begitu bersemangat ketika memberi ucapan ringkasnya kepada ahli Ikram  di kediamannya.

Beliau amat terharu dengan kehadiran ramai ahli Ikram menyambut kepulangannya dan mengucapkan terima kasih diatas sokongan  padu yang berterusan oleh ahli keluarga dan IKRAM disepanjang misinya ke Gaza.

Baca lagi...

Kempen A2G3 di Kelantan Meriah dengan Kehadiran Ustaz Hasanuddin

E-mail Cetak PDF

Kerancakan kempen A2G3 di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran Ustaz Hasanuddin pada 13 dan 14 april (jumaat dan sabtu). Lima slot ceramah/kuliah telah dirancang untuk Ustaz Hasanuddin.


Memulakan siri kunjungan kali ini Ustaz telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat TG Hj Nik Abd Aziz memberi kuliah mingguan di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Kutipan yang dilakukan oleh Briged Amal PAS agak banyak. Kami belum tahu jumlah yang sebenarnya. Dikhabarkan juga terdapat dinar emas dan beberapa keping dirham di dalam tabung derma.

Ustaz dibawa menunaikan solat jumaat di Masjid Pengkalan Kubor, bersempadan dengan Takbai Thailand. Ceramah Palestin diadakan sebaik selesai solat jumaat. Agak ramai juga yang tidak meninggalkan masjid untuk mendengar ceramah ustaz.

Baca lagi...

CATATAN PERJALANAN KONVOI AQSA SYARIF KELANTAN

E-mail Cetak PDF

14 Jamadil Awwal 1433H, Jumaat-  Aqsa Syarif Kelantan telah berjaya menyertai MyGMJ di Stadium Melawati Shah Alam pada 30 mac lalu. Jumlah peserta dari Kelantan ialah 60 orang. 12 orang (termasuk 3 akhawat) bertolak awal ke Shah Alam sehari sebelum program manakala 48 orang juga bersama 3 orang lagi akhawat berkonvoi menaiki 10 buah kenderaan. 7 kenderaan dari KB dan 3 kenderaan dari Machang. Ia adalah merupakan perjalanan yang amat bermakna bagi Aqsa Syarif Kelantan kerana ini merupakan penyertaan yang diwakili oleh setiap unit dan daerah dari IKRAM Kelantan.
Peserta mula berkumpul di Masjid Telipot sebelum azan subuh. Sesudah solat, semua peserta berkumpul di Wakaf Masjid untuk sesi taklimat. Taklimat dimulai oleh Pengarah Program Dr Othman. Pemandu kereta diperkenalkan dan peserta dimaklumkan kereta yang akan mereka naiki. Seterusnya mandat diserahkan kepada amir perjalanan yang dilantik oleh JK Aqsa Syarif Kelantan iaitu Akh Mokhtar Nordin (Pok Tar). Ucapan wakil Ikram telah disampaikan oleh Akh Wan Zulkifli, SU Ikram Kelantan.

Baca lagi...

KONVOI GMJ TIBA DI MASJID PULAU MELAKA

Aqsa Syarif Kelantan telah menganjurkan Program Sambutan Konvoi Superbike Global March To Jerusalem (GMJ) pada 24 mac yang lalu. Konvoi ini merupakan sebahagian dari program promosi GMJ yang akan diadakan di Amman, Jordan pada 30 mac nanti. Konvoi yang bermula dari Kuantan itu telah disertai oleh 52 penunggang superbike dan tiba di perkarangan Masjid Pulau Melaka tepat jam 6 petang.

Konvoi Superbike itu telah disambut oleh YB Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Di antara orang kenamaan yang turut hadir ialah YB Dato' Hj Abd Fattah Mahmood, Pengerusi Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan. Turut bersama ialah Ustaz Dr Shaarani, YDP Ikram Kota Bharu merangkap wakil YDP Ikram Kelantan dan En Nik Kamarazaman dari Aqsa Syarif Negeri Kelantan

Di dalam ucapan ringkasnya, YB Menteri Besar menyebut sifat keji orang yahudi yang menganggap manusia lain adalah hamba bagi mereka.  Beliau juga menarik perhatian hadirin bahawa isu Palestin ini bukan isu orang arab sahaja  tetapi turut menjadi isu bagi orang melayu kerana aqidah yang sama.

Baca lagi...

Muka 1 dari 2