Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: UNIT/INSTITUSI IKRAMedia Kelantan

IKRAMedia Kelantan

KURSUS MEDIA SEMPENA PRU 13, PERSEDIAAN MEMANTAPKAN TEAM MEDIA

KOTA BHARU, 4 JUN 2012 (AHAD) - Sempena menghadapi Pilihanraya yang ke 13, IKRAM Media negeri Kelantan telah dikunjungi oleh Prof Madya Mohamad Saidy Ismail, Editor Perunding IKRAMedia Pusat untuk memberikan latihan gerak kerja kepada team media Kelantan yang diketuai oleh Tuan Haji Nor Zaidi.

 

Program yang singkat tetapi banyak input ilmu itu diadakan di dewan SRI Aman, Telipot. Para peserta telah didedahkan kepada tiga agenda media bagi membantu operasi pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selain daripada itu, peserta juga diajar langkah-langkah yang perlu dititik beratkan semasa menulis berita.

Beliau menegaskan bahawa sebarang berita yang ditulis oleh media IKRAM perlulah berlandaskan prinsip asas Islam seperti yang ditegaskan dalam Al-Quran surah Al-Ahzab ayat 70 "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara)."

AJK MEDIA SERTAI BENGKEL


KUALA TERENGGANU – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Terengganu telah menjadi tuan rumah Bengkel IKRAMedia peringkat Zon Timur, siri kedua selepas Zon Tengah. Bengkel tersebut telah diadakan di Pejabat IKRAM Terengganu di sini hari ini.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Terengganu, Ustaz Lokman Awang dan dihadiri 18 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dalam ucapannya, beliau telah menekankan betapa perlunya para pendakwah menguasai bidang media ini sebagai saluran atau media penting bagi dakwah masa kini.

Prof Madya Mohamad Saidy Ismail selaku Editor Perunding IKRAMedia Pusat telah memberi kefahaman tentang peranan editor, penulis dan wartawan kepada peserta. Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana menulis berita yang menarik untuk dakwah.

Latihan kedua dalam siri jerayawara IKRAMedia Pusat ini diisi dengan pembentangan mengenai fotografi yang berkesan dan bagaimana menggunakan telefon pintar (smartphone) untuk tujuan kewartawanan. Sesi tersebut telah dibentangkan oleh ahli jawatankuasa IKRAMedia Pusat, Amir Farid Sabuddin.

Selain itu, seorang lagi ahli jawatankuasa IKRAMedia Pusat, Zulkarnain Jamaluddin, berkongsi maklumat tentang penggunaan alat-alat media baru untuk membantu kewartawanan Islam.