Wednesday, Oct 18th

Kemaskini terakhir: 03:39:40 PM GMT

Anda Di Sini: AKTIVITI KELANTAN NEGERI

NEGERI

MAJLIS TAARUF HIDAYAH CENTRE BERJAYA MENEMUKAN SAUDARA BARU DAN IKRAM

Baca lagi...

KEPERIHATINAN IKRAM TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Baca lagi...

PERUTUSAN HARI RAYA EIDUL FITRI 1433 H OLEH YDP IKRAM NEGERI KELANTAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله رب العالمين ، و الصلاة و السلام على رسوله الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Segala puji dan puja hanya buat Allah swt. Selawat dan salam khusus buat Junjungan Nabi Muhammad saw. pembawa obor menerangi sarwajagat. Kepada keluarga, sahabat-sahabat baginda dan seluruh umat Islam.

Selaku YDP IKRAM Negeri Kelantan ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri bagi tahun 1433 Hijrah dengan ucapan “ Kulla Am Wa Antum Bi Khayr ”.

Kita amat mensyukuri Allah swt. di atas segala nikmat dan rahmatNya yang telah memungkinkan  kita berjaya melepasi Kem Latihan Tarbiyyah Ramadhan al-Mubarak, berjaya membina kekuatan ruhi yang amat kental.

Hadis Nabi Muhammad saw. yang menggambarkan bahawa sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan serta keikhlasan kerana Allah swt akan diampun dosa-dosa terdahulu adalah satu tawaran luar biasa daripada Yang Maha Berkuasa kepada hambaNya agar dapat mengaut keuntungan tersebut dengan sepenuh hati dan sekaligus ia merupakan wahana penting dalam pembentukan budi halus seseorang mukmin.

Baca lagi...

KURSUS KEPIMPINAN IKRAM NEGERI KELANTAN MEMANTAPKAN PENYUSUNAN TARBIYAH DAN DAKWAH DI KELANTAN

E-mail Cetak PDF

6 – 7 Julai 2012, Kota Bharu - Pantai Cahaya Bulan telah didatangi oleh Tuan Haji Mohamad Yaakub bin Idris, Penolong Setiausaha Agung IKRAM Pusat bagi melonjakkkan penyusunan gerak kerja tarbiyah dan dakwah di Negeri Kelantan. Kursus Kepimpinan IKRAM buat julung kalinya diadakan di Kelantan bagi tahun 2012 di Perdana Resort, Kota Bharu dan dihadiri oleh barisan ahli jawatankuasa IKRAM dari pelbagai peringkat negeri dan daerah. Di samping itu kursus ini juga dapat mempertautkan hati-hati serta meningkatkan ukhuwwah sesama barisan penggerak.

Baca lagi...

MPIN NEGERI KELANTAN

26 Mei 2012 - Pagi ini berlangsung Majlis Perwakilan Ikram Negeri Kelantan bertempat di Dewan Perpustakaan Dar Nur Zahra Telipot Kota Bharu. Seramai 47 Perwakilan hadir yang terdiri dari perwakilan dari 5 daerah Ikram di negeri Kelantan iaitu Daerah Kota Bharu, Bachok, Tumpat , Pasir Mas dan Tanah Merah. Turut hadir pada MPIN pada kali ini adalah 5 orang perwakilan dari sayap wanita negeri.

Majlis diberkati lagi dengan kehadiran 2 orang tetamu khas iaitu Naib Presiden 1 IKRAM Ustaz Wan Subki dan Ahli JKP Ikram Pusat, Prof Dr Ahmad Tarmizi . MPIN kali ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP IKRAM Negeri Kelantan Ustaz Abdullah Fahmi yang antara lain menyeru ahli2 Ikram agar sentiasa meningkatkan diri agar mempunyai sifat Rabbani yg layak mendapat pertolongan Allah dalam kerja dakwah. Kemudian majlis disusuli dengan ucapan perasmian yg disampaikan oleh Ustaz Wan Subki . Beliau mengingatkan para hadirin tentang asas -asas perjuangan dimulakan dengan 
Allah matlamat kami
ArRasul contoh kami
AlQuran perlembagaan kami
Aljihad jalan kami
AlMautu fi sabilillah asma' amanina
Seterusnya hadirin diingatkan tentang matlamat dan halatuju serta gerakkerja ikram dalam memimpin ummah dan masyarakat.
Beliau juga turut memperkenalkan para anggota JKN yang terpilih baru-baru ini kepada ahli-ahli perwakilan. 

AJK IKRAM KELANTAN BAGI SESI 2012 -2014
YDP- Ustaz Dr Shaarani bin Mohd Naim
TYDP - Tn Hj Che Rahimi b Samat
S/U - Tn Hj Wan Zulkipli b Wan Abdullah
PS/U -Tn Hj Zulkefly b Abdul Rahman
KW - Dr Norhani bt Abdul Rani
BENDAHARI - Tn Hj Zulkifli Apandi 
AJK 
Ustaz Saufi Hj Abdullah
Dr Hafidzah bt Mustakim
Dr Rohani bt Ismail
Ustaz Wan Mohd Zain
Mohd Sabri bin Hasbullah
Ustaz Abdullah Tahmin b Abdul Latiff
Prof Dr Din Suhaimi bin Sidek

Semoga Allah memberikan kerberkatan diatas pemilihan yang diputuskan bersama secara syura

Muka 1 dari 2